Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 ...18 19 20 Next

Wasiat buat anak

December 2nd, 2008

Khas untuk anak-anakku

Duhai anak,

Kala malam memasuki separuh masa kedua
Kau masih tak mahu tidur
Mungkin kau rindu abah agaknya
Malam baru boleh berjumpa
Bermain, menangis dan bermesra
Tapi, sabar sahajalah anak…

Abah mesti pergi kerja tiap-tiap hari

Kecuali Sabtu & Ahad
Atau cuti umum
Atau abah ambik annual leave
Abah tak pernah ambik MC saje2 tau
Sekali je abah ambik MC sebab kene CB lepas makan Nasi Kerabu beli kat pasar Balok
Lepas tu abah tak beli lagi dah..

Keluar pagi-pagi
Balik lewat petang
Abah bukan cikgu yang banyak cutinye & kerja separuh hari

Walaupun selalu orang kata pukul lima lebih sahaja abah dah cabut
Tak seperti mereka yang selalu balik lewat
Tapi abah tak kesah
Abah nak jumpa isteri & anak-anak abah.

Tidurlah anak..
Esok insyaAllah abah pergi kerja semula
Bersyukurlah, abah balik tiap-tiap hari
Abah orang lain ada yang seminggu sekali baru balik
Ada yang setahun sekali
Yang bertahun-tahun sekali pun ada
Ada jugak yang tak balik-balik

Abah tau..

InsyaAllah anak-anak abah faham
InsyaAllah anak-anak abah sabar

Moga anak-anak abah akan jadi khalifah yang sentiasa cari redha Allah
Moga anak-anak abah sentiasa doakan ibu & abah bila kami tiada nanti

Ha, Dah tidur pun anak abah..
Kejap lagi abah angkat masuk dalam bilik
BismikAllahumma Ahya waamuut..
(Dengan Nama Mu ya Allah, aku hidup, dan aku mati)..

Deko bersama amini & ashikim

November 29th, 2008

Before

After

still halfway due to limited resource..huhu

When a friend/family/relative become a “businessman”

November 29th, 2008

Sometime, it is some sort of disgusting, when a relative or a friend become a networking businessman (Direct Selling, MLM, skim cepat kaya etc.) . Some of them will start to look and treat us as a new business prospect instead of as a friend or relative. They will talk about their business all over the time until we register with them.

Regarding this, I have an experience a few years ago, in an appreciation dinner for an event that was successfully organized. The dinner organizer was inviting an ustaz for giving some tazkirah. The tazkirah began with the important of business as a Muslim, sounds good.. then at the end it came out that the ustaz was promoting shaklee for the rest of his Tazkirah, siap bawak brochures tu..hmmmmm

Not to hurt any MLM business practitioner out there.. do your business as you want as long as it is Halal, but please look your friend as a friend, not as an opportunity to make money…hehe

Majlis Aqiqah Umar & Muadz::National Accountant Conference 2008

November 27th, 2008

Hujung minggu lepas Kami mengadakan majlis aqiqah untuk umar & muadz, sepupu mereka hasif turut serta. Majlis diadakan di rumah abah mertua kat Pekan, sembelih lembu seekor kongsi-kongsi bahagian.

Satu insiden berlaku, besi adsorber kereta lama yang digunakan untuk mengalas kuali memasak meletup, alhamdulillah takde kecederaan serius, adik ipar mohd ikhwan melecur tangan & kaki terkena api letupan. Siapa sangka besi yang nampak biasa tu akan meletup, tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran untuk masa akan datang.

Hari isnin, pergi ke KL Convention Centre untuk menghadiri National Accountant Conference, bermalam di traders. Walaupun belum jadi akauntan, sekurang-kurangnya dapat pendedahan tentang isu-isu semasa, jumpa kenalan baru & lama, termasuk yang tak disangka akan jumpa, antaranya en. Jamal, partner Jamal Amin & Partners, tempat aku praktikal dulu. yang lain-lain termasuk classmate, course mate, room mate, petronas mate, paper mate (kilometrico).

Aktiviti Tambahan

Habis conference hari pertama, bawa family ke aquaria KLCC, seronok umar tengok ikan-ikan berenang-renang, lepas tu jumpa kawan-kawan ashikim, (adik-adik KTP & Accounting, UPM) di KFC wangsa maju. Ina nak bernikah dengan marni hujung minggu ni.

Malam tadi, pulang dalam keadaan mamai dan mengantuk, sungguh bahaya memandu dalam keadaan tersebut..alhamdulillah, selamat sampai pukul 11 malam..

Balik gua

November 19th, 2008

Hujung minggu lepas, kami ke Felda Residence Tekam, salah satu aktiviti ke gua Kota Gelangi.. subhanallah, indahnya ciptaan Allah..

cengkerik batu batu singa batu cikgu mengajar murid Kota gelangi

Amerika tetap proksi Israel

November 8th, 2008

Siapa pun jadi presiden, amerika tetap proksi Israel. Janganlah teruja sangat dengan pelantikan Obama, amerika tetap amerika..

Raya..

October 27th, 2008

Syawal dah nak habis, nanti aku upload gambar-gambar raya sikit-sikit insya-Allah.

Identiti anak-anak sidik, mewarisi mulut M abah mereka, hehehe.. (mulut M gelaran yang kang Ram bagi sebab masa kecik aku tangkap gambar mulut tutup je tak senyum..).

Umar pada hari raye

muadz raye

Yang ni salah seorang kakak sepupu umar..

siti najma hanni bt zainal abidin

Ekonomi merudum, pak menteri masih sibuk berpolitik

October 27th, 2008

Kegawatan ekonomi sudahpun sampai kesannya di Malaysia, Yang peliknya pak2 menteri masih sibuk berpolitik. Fikirkan berapa banyak syarikat akan tutup kerana kurang permintaan, fikirkanlah berapa ramai kakitangan swasta yang akan dibuang kerja, kadar pengangguran yang tinggi pasti akan meningkatkan kadar jenayah.

Kerajaan yang selama ini bergantung harap kepada dividen dan cukau hasil petroleum dan cukai hasil kelapa sawit, selepas ini akan kehilangan punca pendapatan oleh kerana turunnya harga pasaran minyak dan komoditi.

Krisis ini tercipta hasil kebejatan sistem yang dicipta pihak2 kapitalis didalangi rejim zionis.

1) Memisahkan nilai matawang dengan nilai emas, Nilai matawang didasarkan kepada ‘kekuatan ekonomi’ yang berkembang bak belon, tapi untuk memusnahkannya cukup dengan sebatang jarum..

2) Mengembangkan sistem riba, sehingga setiap manusia terpalit dengannya.

3) Pelbagainya derivatif2 kewangan yang diharamkan dalam Islam.

Sistem ini digunapakai oleh kesemua negara yang ada di dunia, tak kira la negara Islam, Arab, komunis, sosialis, demokrasi, raja berpelembagaan ataupun monarki.

Mari kita kembali kepada Islam..

Bagus, Bongkar semuanya

October 23rd, 2008

Terukir senyuman senget di bibir apabila membaca beberapa headline di Malaysiakini mengenai ‘2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej‘, Dua pelajar UPM dedah isu di Parlimen, Pelajar ke Jakim isu pegawai UPM .

Kolej Tun Perak yang ku kenali dulunya subur dengan program-program Ilmiah, Majlis Hiburannya berlandaskan syara’, Bulan ramadhannya hidup, Suasananya aman dengan suasana Ilmu.

Sedikit demi sedikit, keadaan berubah, diresapi arus hedonisme yang disokong oleh pemimpin kolej dan pihak berkuasa. Persembahan Nasyid, diganti dengan persembahan band & tarian. Pelajar-pelajar yang ‘meminati agama’ didapati tidak layak untuk duduk kolej.

Dedahkan semuanya, biar satu Malaysia tahu keadaan sebenar..Hah Hah Hah.. astaghfirullahalAzim

Bangga Rasa Di Hati Ini

Kolej Tun Perak yang kami Cintai

Penghuninya Berdikari

Hidup Aman Harmoni…

Farewell No 7, Lorong C. Lempong 9..

September 29th, 2008

Hari sabtu lepas, kami pindah rumah baru. No 6 , Lorong Batu Hitam 34, Taman Beserah Jaya 5, lepas raya duduk sini insyaAllah..

sebelum pindah, gambar kenangan Lepas Pindah-penat woo... ini rumah baru

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 ...18 19 20 Next