Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 ...20 21 22 Next

Balik Kampung

June 8th, 2009

Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung sungai Manila, kali terakhir balik masa tahun baru cina, agak lama jugak tak balik..

Muadz dah pandai merangkak betul hari khamis lepas, makin banyak tempat nak dilawati.

Mak & Bapak sihat alhamdulillah, cuma bapak agak tak larat, maklumlah usia dah makin bertambah..

Rumah mak & bapak tengah tak ada dapur sebab tengah renovate. Malam tu dengan family kakak, kak lalah, kak ipah & kamil kitorang bawak mak & bapak pergi makan kat tepi sungai perak, tak payah la nyatakan nama restoran kat sini, kang dapat promosi free pulak (negatif @ positif).

Baru 5 keluarga dah penuh satu meja panjang, kiranya 5 keluarga lagi ada mungkin lebih gamat agaknya. Muadz mandikan Cik Lah dengan air sejuk, kesian cik lah..gambar aku tak dapat letak sebab kamera ada masalah.

Hari ahad balik kuantan. jumpa buku “Bercinta Hingga ke Syurga” karangan ustaz hasrizal abdul jamil (saifulislam.com), carik kat kuantan semua stok habis, last-last jumpa kat R & R temerloh. tapi Buku aku terima nikahnya pun tak habis baca lagi..hihi

Minggu lepas genap 3 tahun usia perkahwinan amini & ashikim, moga kekal selamanya hingga ke syurga..

Kesihatan & Kesakitan ujian Tuhan

April 5th, 2009

Dah 3 minggu tak update , minggu lepas agak sibuk melayan anak-anak yang diberi ujian kesakitan. Umar dari hari isnin sampai Jumaat muntah-muntah & CB, tiap kali masuk makanan keluar balik. Muadz hari rabu demam & muntah, budak² ni memang kamcing, sorang sakit, sorang lagi nak ikut jugak. Sekarang dua-dua dah sihat alhamdulillah, Umar nampak kurus sikit sekarang berbanding minggu lepas, tapi buat sementara ni  Abah tak bagi umar minum “njen”…ade laktosa.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-2 Muhammad Umar Al-Faruq

March 20th, 2009

2 tahun lepas, 20 Mac 2007, Muhammad Umar Al-Faruq bin Sidik Al Amini Dilahirkan di dunia tepat pukul 7.47 pagi…

Sudah 2 tahun, begitu cepat masa berlalu..Alhamdulillah

Lerm boo

February 26th, 2009

LERM- Light-Encoded Reality Matrix

BOO - Bladder Outlet Obstruction

hahaha ape aku merapik pagi-pagi buta nihttp://www.toonpool.com/user/589/files/cow_over_the_moon_111505.jpg

Gotong Royong @ Taman Beserah Jaya 5

February 14th, 2009

Gotong royong oleh komuniti Taman Beserah Jaya 5 diadakan pada 8 Februari 2008.

Aktiviti utama, membersih longkang, pelantikan jawatankuasa  dan makan pot luck. Tapi gambar masa tengah makan sahaja yang ada..

Makan-makan

Ekonomi Gawat, Pemimpin masih sibuk berpolitik

February 5th, 2009

Sibuklah kamu para pemimpin, rakyat kehilangan punca pendapatan, pempimpinnya sibuk dengan kuasa. Kamu akan jawab di sana nanti.. baru kau sedar, kuasa sementara tak membawa kamu ke mana-mana..

Ingatan untuk aku juga..

Aku Bukan Musuh Harta

January 31st, 2009

Aku suka lagu ni, baru dengar semalam…lirik, lagu dan cara penyampaiannya memang mengena.. cara “menganjing” orang timur cakap.

Aku Bukan Musuh Harta
Album : Algebra - yang benar tetap benar
Nyanyian : Kopratasa & Algebra
Lirik : Dr MAZA

Mereka kata :
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..
Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta

Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..

Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,
Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka : lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istimewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Di hujungnya ada harta,
Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat Agama..

2 Minggu bermusafir

January 30th, 2009

Dua minggu dalam bulan ini dipenuhi dengan bermusafir.

Hari  Sabtu dua minggu lepas ke pulau mutiara atas urusan kerja, Umar & muadz & Ibu mereka pun ikut sama, pertama kali naik firefly (perbelanjaan sendiri ye).

Alhamdulillah, tak  la bergegar sepertimana yang dikatakan. cuma Umar malam tu bad mood sikit sebab siang tak tidur. Masa naik menangis, masa turun pun menangis. Banyak faktor penyebab “kemenangisannya” (mintak maaf ye cikgu bahasa melayu) antaranya, duduk betul-betul sebelah kipas enjin yang bising, ibu & abah duduk asing-asing, masa dalam perjalanan ke airport umar tidur kat belakang, malam gelap, etc…etc.

di-kuantan-airportpenang-trippenang-trip-2

Bagi aku, ni kali kedua di Pulau pinang, kali pertama masa sekolah dulu, ikut rombongan sekolah Kak Ipah naik bas.

penang-bridgecable-car

Hari isnin 19/01/09, Balik-balik dari bukit bendera (lepas habis urusan kerja)  masuk bilik tengok atas meja ada sebiji kek bertulis ” Happy Birthday”.. (hari lahir siapa pulak ni)..

Sidik :I just return to my room, and see on the desk there is a cake, may I know whose cake is this, I didn’t order as long as I remember

Receptionist : Hold on sir…. (lepas beberapa saat) Isn’t today your birthday?

Sidik : No lah.. mine was 19 October 1981, not 19 January..

Receptionist : It is written here 19/01/1981, so our staff was wrongly entered your birthday, ok sir you can have the cake, don’t worry..

Sidik : (Dalam hati) Rezeki.. Hehehe, ok thank you..

besday-cake-freepotong-kek

Tempat-tempat yang sempat dilawati (selepas selesai urusan kerja la yang pastinya). Naik kereta kabel bukit bendera, makan char kuey teow di Padang Kota Lama, beli coklat & buah pala,pergi taman rama2. Memang tak banyak, sebab tujuan pergi bukan nak melancong.

chocolate-boutiquerama-ramarama

Balik hari rabu malam, kerja 2 hari, hari sabtu balik Perak pulak. Sejak idulfitri yang lepas tak balik Perak, kesian Mbah Lanang & Wedok rindukan umar & muadz & menantunya orang Pekan nih. Kak Lalah, jangan jeles ye, memanglah adat dunia orang yang jauh & jarang jumpa dirindui selalu, heheh..

nak-pegi

Jalan ok je, nampak di arah yang berlawanan, kereta bersesak-sesak dari plaza tol gombak ke Genting Sempah.

jem-gombak

Alhamdulillah Mak & Bapak sihat, kami sampai waktu asar.

rumah-bapakahlan

Kat Sungai Manila, Kamil sampai malam tu masa kitorang dah tidur(dulu aku janji nak panggil Kang Kamil masa darjah 6 tapi tak panggil-panggil jugak). Dah setahun tak jumpa Kamil ni, last time jumpa masa bulan 1 tahun lepas. Naqib dah pandai cakap banyak, naqia pun dah besar..

Esoknya, Atiqah dan adik-adiknya kecuali Aiman, datang. Belasah durian Sungai Manila, memang dah lama tak rasa durian kat sini, sejak pokok-pokok tepi parit mati. Kiranya ni durian kampung generasi pokok-pokok baru, sempat jugak aku makan..alhamdulillah

Malam tu Kak Ipah dan anak-anaknya yang katun2 tu pun sampai..kak ipah sampai-sampai tu aku tengah terlelap kat bawah.. mak, kok lemu temen adik ki.. (Mak, kenapa gemuk sangat sidik ni).. entah la, aku rasa kurus je, seluar je yang semakin mengecil..

bebudak

kapung

Esoknya perjalanan balik, singgah beli kerepek kat kedai kerepek dekat Sungai Apong, dekat SBPI sekolah lama Aizat.

kerepek

Makan tengahari di Sekinchan. Sampai rumah dalam pukul 7 malam. Kabinet dapur dah siap, Amran pasang masa kitorang balik kampung. Tapi Umar yang rasmikan dulu & tolong mengemas :)

kabinet

muadz

Alamini.net tak boleh diakses melalui Celcom Broadband

January 23rd, 2009

Sudah seminggu lebih Alamini.net dan beberapa website yang di hos di Malaysia tidak boleh diakses menggunakan Celcom Broadband. Masih menunggu kenyataan dari pihak Celcom mengenai masalah ini, kerana Bill bulanan dibayar untuk mengakses internet selama 30/31 hari. OK..

Anak-anak dah sihat Alhamdulillah

January 13th, 2009

Alhamdulillah, setelah bergilir-gilir sakit, anak-anak dah sihat. Yang tinggal hanyalah parut-parut kecil yang akan hilang bila mereka besar nanti, selain itu terbina juga antibodi varicella-zoster immunoglobulin yang akan menghalang penyakit itu untuk seumur hidup, insya-Allah.

Muadz masa paling banyak jerawatumar dan jerawatnyeUmar & Muadz kepenatan
umar-muadz-2

Tapi anak-anak di Gaza bagaimana?

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

“Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa…amiin”, - from zaharuddin.net

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 ...20 21 22 Next