Bermula kerjaya sebagai penunggu

alhamdulillah, mak & bapak dah selamat berlepas ke tanah suci. kapal terbang jam 4.50 petang sabtu semalam. mase balik tu, ikut highway sungai buloh, exit kat bidor, terus pegi rumah kak ramlah. aku tak biase drive jauh malam2 ni sebenarnye (first time kot), kalau naik moto tu biase la.alhamdulillah perjalanan pegi dan balik selamat. kat KLIA tu je yang kantoi sikit, sebab parking kereta dia berpusing-pusing :tengkorak: . tapi kesimpulan yang aku dapat sepanjang perjalanan, memang kebanyakan pemandu Malaysia ni kurang ajar (termasuk aku ke?). tu la hakikatnye, yang aku nampak baik camne pun orang tu, bila dah kat jalan raya, akan ade akhlak lain yang menyalahi akhlak ketika tak kat jalan raya & kat jalan raya juge kita cepat rasa bengang & tension, patut la banyak sangat eksiden. (na’uzubillah).

**aku amat tak bersetuju dengan istilah “ke c e l a k aan” jalan raya yang amat popular satu masa dulu, c e l a k a tu maksudnya dilaknat, tak patut la mengatakan orang yang ditimpa kemalangan tu, ditimpa laknat, ish2 tak patut betul

tapi maksud aku bukan la semua, ” kebanyakan ” dengan “semua” tu kan maksud yang berbeza. tu la yang kita semua kene fikirkan & berusaha baiki. kita sama-sama ‘ syncrhronized’kan akhlak kita di mana-mana pun.

Jadi dalam masa dua minggu ni jadi penunggu rumah la, sementara belum kerja nih..wallahua’lam z zzz

Esok nak hantar mak & Bapak

Esok (Sabtu) Pagi2, aku nak hantar mak & bapak ke KLIA, Kak Lalah & Kakak pun pegi sekali. dua minggu kat rumah, camne la aku nak menghadapi :o , takpe, insya-Allah, buleh berdikari. masak sendiri la, aku nak belajar memasak betul2 kali ni. boleh ekseperimen macam2 :p

Setahun yang lepas aku sambut kedatangan ramadhan di Makkatul Mukarramah, tahun ni insya-Allah di tanah air sendiri

Ramadhan seminggu je lagi, rindunya aku padamu Ramadhan.

Aku menjejenguk di pintu
Sinar mentari memberitahu
Wahai sang penanti,
kekasihmu akan tiba
Wahai sang penunggu setia
(bukan antu penunggu)
Bergembiralah..
sambutlah buah hatimu itu..

Sore itu ku lihat di ufuk barat
Rembulan Sya’ban semakin tua
Menghitung hari
Untuk Mengucapkan
Ilal Liqa’..
sampai ketemu lagi tahun depan

Duhai Ramadhan Al-Mubarak
Setelah Pemergianmu
Setahun terasa bagaikan seribu
ku nanti kehadiranmu
Selamat kembali kekasih
Selamat kembali kekasih
Bawa Barakah berganda
Bawa Rahmat
Bawa Magfirah-Nya
Bawa Pemebasan Api Neraka
Bawa Malam Qadar bersamamu

Ya Allah, panjangkan umurku
Supaya dapat kutemui
Kekasih yang selama ini
Kunanti -nanti
Kutunggu-tunggu
Moga dapat aku menyambutnya
Dengan layanan terbaik
Sepanjang hayatku
Selama ini..

ya-Rabb..Ampunkan dosaku
Amiin

Galeri Gambar aku disablekan je la.. :|

oleh kerana bandwith terhad, jadi aku pun ‘disable’ kan galeri gambar, takde pape faedah pun, baik tengok sendiri kat PC aku sendiri lagi baik :) , tengok la nanti kalau dapat alternatif lain, insyaAllah di ‘enable’ kan semula

Pengiraan waktu solat sebelum ni aku guna satu table dalam database, yang mengandungi waktu solat bagi 1 tahun ( 366 hari). tapi semalam aku jumpe satu fail PHP dari [url=http://arabeyes.org]arabeyes.org[/url] yang boleh kira secara dinamik, mengikut pelbagai method dan 2 mazhab . macam kat malaysia ni, orang guna Egyptian General Authority of Survey (dari universiti al-azhar). ape yang kita perlu masukkan adalah, latitud, longitud, method, ketinggian dari aras laut. pengiraannya memang cukup kompleks, tu kerje ahli-ahli falak & matematik Islam la.
bende ni kalo banyak memang membebankan CPU server, tapi takpe la. CPU tu memang direka untuk mengendalikan pengiraan yang lebih kompleks daripada ni, jadi kita mesti menggunakannya secara optimum :p

[url=http://sidik.org/gambar.php?id=49]classsolat.php[/url]

Kisah Sebuah Sudu

Tadi aku makan nasi goreng, entah ape perencah aku taruk, bedal je la. tetiba mase makan tu ditakdirkan aku ternampak tulisan kat sudu tu “ahlan wasahlan” (bahasa arab la), sudu dari arab saudi kot. teringat aku buat kad ucapan, siri ramadhan.. yang aku eja ahlan (alif ha(kecik) lam alif) tapi kat sudu tu apesal ha besar pulak ek ???.. hihih rupenye memang aku tersilap la :p .. takpe dah betulkan & upload kad yang baru..

Henset da ok semula

alhamdulillah. mahal gak cina tu cas, kos dia 2 3 RM je tu. aku takde peralatan nak mem’flash’ henset tu la.takpe la, tu la cari rezeki . da rezeki diorang. jadi sekarang, boleh dihubungi semula menggunakan henset :)

Pelik..pelik

semalam kamil jumpa satu site akademimaya.tripod.com, yang peliknya site ni mempergunakan nama bapak (haji zailani bauk) dan nama kang ram (prof madya ramlan zailani)..menurut site tersebut, hj zailani telah 30 tahun mengajar di singapura dan adalah idea beliau akademimaya ditubuhkan. :o entah la, mungkin dah takde idea @ nama menteri nak dipergunakan, nama bapak aku pun jadi la..macam-macam hal manusia ni. aku expect budak ni setakat buat experimen buat web je kot. wallahu a’lam..

ectract dari site tersebut
[code]
This tuition center is the idea from Tn. Hj. Zailani Bauk , a pension teacher from Hutan Melintang, Perak. He stay at Singapore for most 30 years teached at Singapore High School in 1960 to 1990. Thought that Singaporeans students need more source to get excellent result in their examination and gain the Singaporeans to open their eyes in information technology, Tn. Hj. Zailani and his eldest son, Professor Ramlan Hj. Zailani planned to develop a tuition center
[/code]

Bandwitdh Limit Exceeded!!

Problem la, Bandwidth limit per month bagi hosting ni cuma 500mb je, jadi aku terpaksa la mengurangkan bende2 yang boleh membebankan server. 2 3 hari jugek sidik.org ni tak boleh dibuka :tengkorak:, sabar je la. Alhamdlillah dah ok semula. dah masuk bulan oktober ni.

situasi ini juga mendorong aku supaya mem’ban’ capaian dari sumber yang mendownload terlalu banyak, iaitu ‘robot MSN’ (search engine microsoft la), dioarang punye robot ni agak-agak kurang cerdik sikit la. dia akan retrieve semua data, oleh itu membebankan server. ‘robot’ google & yahoo ok. lagi pun aku yakin jarang orang guna search engin MSN ni kan.

Ahmad Naqib Naqiuddin

Ahmad Naqib Naqiuddin bin Ahmad Kamil.Panjang gak nama budak kecik ni, baru balik melawat dia. Pagi semalam aku, mak & bapak pegi rumah kamil nak tengok baby, on the way tu bukak la IKIM.fm. yang aku perasan, sebijik-sebijik dia replay yang minggu lepas nye siaran, sebab minggu lepas pun aku dengar mase OTW nak pegi KL juge. daripada wawancara, nasyid, kata-kata hikmah..semua setakat replay je. tak kesah la asalkan bermanfaat.

Wawancara yang diulang pasal Blogging, sekarang memang bercambah orang yang buat weblog @ blog ni. cuma panduan untuk orang-orang yang terlibat tu (pem’blog’ dan pembaca)
[code]
1)rujuk surah al-asr, gunakan blog untuk berpesan-pesan

dengan kesabaran: jaga emosi & jangan putus asa. jangan cepat melenting
dengan kebenaran: cakap bende2 yang betul je, jangan nak menyeleweng
hargai masa : masa memblog tu, ingat2 masa kita, sama ada kita lama sangat di alam maya ni, kalau tengah guna peralatan pejabat @ masa bekerja tu ingat2 la ye, amanah tu. jangan lewatkan solat sebab leka sangat.kalau kita tak buat camtu, nescaya kita akan tergolong dalam orang yang dalam kerugian. moga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang beruntung, di sisi Allah

2) rujuk surah al-hujjurat, ayat 6

kepada pembaca @ orang yang buat blog tu. segala maklumat yang diterima tu kaji dulu kebenaran@ kesahihannya sebelum disebarkan@ dipercayai. supaya kita tak menyesal nanti kerana mempercayai @ menyebarkan berita-berita palsu. lagi-lagi mengenai agama. jangan sampai kita jadi fitnah terhadap Islam. Kalau tidak, kau akan menyesal (dunia & akhirat)

3) internet ini umpama sebuah kota, di dalam kota tersebut ada masjid, surau , skolah, pusat pengajian, pejabat, rumah kebajikan etc yang kita boleh mendapat kebaikan . tapi dalam kota tersebut juga ada lorong-lorong gelap (disko, modesto, pusat karaok, belakang mati) yang banyak kejahatan. jadi bergantung kepada kita, kita nak dapatkan kebaikan atau kejahatan.
(carilah kebaikan, elakkan kejahatan)
[/code]

pandangan peribadi sidik
[code]
banyak free blog provider yang bagi kemudahan contohnye blogspot.com, tblog.com etc.. satu yang aku nampak la. kat dalam sesetengah free weblog tu, dia akan letak satu banner, yang kadang-kadang mengandungi gambar-gambar yang tak sepatutnye. contohnye, blog tu berkaitan tentang agama...[b] tetiba!!![/b] kat atas tu ade banner yang mengandung gambar wanita separuh bogel ??? :o , free screensaver lah, clean up your temporary file lah. memang bende ni bukan kehendeak pem'blog' tersebut & free blog provider nak jugak carik duit. tapi aku ade nampak macam satu hidden agenda di sebalik pemberian kemudahan blog percuma tersebut. ingat, rujuk ayat tersebut.

"sekali-tidak akan redha terhadap kamu akan orang-orang yahudi & nasrani terhadap sehingga
kamu mengikut jalan mereka ...ayat seterusnya"
terjemahan al-baqarah, ayat 120

jadi, cuba cari alternatif lain ok :bintang: yang takde banner, tblog tu kire ok la kot sebab takde banner, wallahua'lam

lagi satu, kepada pem'blog' tak sepatutnya menulis tentang perkara yang sepatutnya jadi rahsia syarikat, hal-hal rumahtangga sendiri , mengumpat pasal keburukan orang lain etc
[/code]

eh dah of topic lak, takpe la kan. insya-Allah bende kita boleh manfaatkan. sambung cerita. mase pegi tu dengan kak shimah, naik dua kereta. tapi dah ditakdirkan tersesat kat hujan lebat tu, last2 kereta yang aku bawak sampai, kereta kakak & family tak sampai, diorang terpaksa balik cepat sebab malam tu ade majlis bacaan yassin kat sekolah Atina, nak PMR jap lagi.

balik pagi tadi, jalan clear je. tapi bawak relax je la. malas nak laju-laju (ke tak berani ?). takpe berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang disayangi & menyayangi. yang penting sekali [b]Ingat Allah di mana saja kamu berada[/b]

Apa guna segulung ijazah

[url=http://sidik.org/gambar.php?id=47][img]http://sidik.org/thumbnail.php?id=47[/img][/url]
[b]Apa guna segulung ijazah ?[/b]

Selalu orang bertanya
apa guna segulung Ijazah
Memang tiada guna apa-apa
Jika belajar semata-mata mendapatkan
Segulung Ijazah yang tiada nilai

Kembali kepada tujuan
Menuntut Ilmu itu untuk apa
Untuk Berbangga-bangga?
Atau untuk Mencari Kerja?
Semata² mendapatkan Dunia?
Kalau itu tujuannya
Tak ada beza dengan seekor kuda
belajar berlari supaya tuannya berbangga
dengan kelajuannya di gelanggang
Supaya tuannya boleh mengambilnya
bekerja.. menjadi kuda
Tapi kuda memang begitu tugasnya
kita ini manusia..ada otak yang perlu diguna
kita ini hamba-Nya

Tanya diri sendiri
Betulkah niat kita selama ini?