KLIBF – PWTC

Baru balik dari KL, ade meeting family, bincang pasal persiapan.

semalam singgah sekejap kat PWTC, melawat Pesta Buku Antara Bangsa KL, sesak sungguh, kalah PC fair (skrg PC fair dia dah pindah ke KLCC) .Tapi tempat KLIBF tu dah ditukar ke dewan (ape tah nama dewan tu), kene seberang sungai, bukan le kat PWTC namanye tu.

Beli 2 je buku, pasal komunikasi suami isteri (normal la bagi orang2 nak kawin nih :p)
9 minggu lagi insyaAllah:)

Malam tu meeting yg ade k.shimah, k.anip, k.ipah, kamil & aku. banyak juge la yg dibincangkan pasal perancangan 3 & 4 Jun nanti, kita merancang, tawakkal pada Allah, moga dipermudahkan jalan.

Pembersihan Spam

2 3 hari ni forum sidik.org dibanjiri mesej² spam yang tak guna, jadi aku terpaksa meningkatkan capaian forum tu, orang² barat ni memang terumbang ambing hidup mereka sampai buat perkara² yang tak guna & menyusahkan orang :o . moga kita semua sentiasa dikurniakan hidayah sentiasa..

Setelah 2 minggu berhadapan dengan montage preparation, alhamdulillah. masa dinner hari tu dapat berjalan dengan baik, congratulation to alll team members. back to your work station..heheh

Sekarang boleh la dikatakan aku selalu menghitung hari..:p 100 hari lagi insyaAllah

Slamat Lagi

Slamat pengantin baru kepada member amarullah & isterinye nurbaiti yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu ni, moga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga.. ameen. juge kepada membe sekelas & sekampung aku, sapuan.

……..
cerita lain

20 Zulhijjah 1426, kelmarin, kira ikut tahun Islam, umur aku dah cukup suku abad..(aku lahir isnin,20 Zulhijjah 1401) negara ni pun dah macam² bende pelik terjadi, dunia makin hampir ke penghujungnya..kiamat sudah dekat, jadi sama² lah kita koreksi diri
Tiap-tiap hari makin bertambah dosa yang kita lakukan, banyak juga perkara dosa, yang kita dah terbiasa lakukan & tak rasa apa²..astaghfirullah, ya Allah, ampunkan kesalahan kami semua.. :doa:

Setahun Bekerja

Taun 2005, 17 Januari. hari Isnin

Setelah menganggur selama 7 bulan (habis praktikal bulan 6 2004), aku mula kerja kat MTBE/Polypropylene. tumpang 2 minggu kat rumah membe tajul (fala, fuad, sham & akram) kat indera mahkota, lepas tu kitorang sewa kat balok baru ni, lepas tu tambah sorang housemate, hasnul. pastu tajul kawin, digantikan dengan zul. sampai le sekarang.

Masa mula² masuk tu agak² blur jugak le…sempat menuntut ilmu 3 bulan je dengan bos aku Rafizi sebelum dia transfer kay el. alhamdulillah, sekarang kehidupan bertambah baik..

sedar tak sedar dah setaun berlalu, banyak perkara yang mengajar kita erti hidup.. dalam mase setaun ni jugek la, status aku dah jadi tunangan [s]orang[/s] ashikim (@>– hehe), dalam masa tak sampai setahun lagi jadi suami insyaAllah. moga2 dalam mase kurang setahun pastu dah jadi ayah .. amiin ;)