Kitaran

Ketika sepasang suami isteri berbunga hatinya menerima sebuah kelahiran..
Di sana mungkin ada seorang anak menangisi sebuah pemergian..
Ketika sekumpulan anak muda riang ria menyambut ulangtahun kelahiran ke dua puluh sembilan..
Di sana mungkin ada pesakit kronik seusia keseorangan menanti saat kematian..
Ketika dipaparkan berita orang menjadi korban kemalangan..
Di sana ada wartawan rasmi atau tidak, yang sibuk memberi ulasan..
Sedangkan yang pergi, keadaannya baik & buruknya hanya diketahui Tuhan..
Yang tinggal itu, mereka tak tahu bagaimana riwayat mereka akan menemui pengakhiran.
Begitulah kita dalam satu perjalanan..
Kelahiran, kematian , satu kitaran..
Yang hentinya adalah bila tibanya hari kebangkitan..
Cukuplah kematian itu jadi ingatan..

Ramadhan

Salam ramadhan dari alamini.net

Salam ramadhan dari alamini.net

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi s.a.w bersabda “Puasa adalah pelindung dari api neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: ‘Sesungguhnya aku berpuasa’.” (Maksud Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Muhammad Muadz As Sabiq, tahun yang ke dua

Dua tahun yang lepas, hari Jumaat 8-08-2008, bersamaan 7 Sya’ban 1429H. Pasangan Sidik Al Amini B Zailani & Nor Ashikim Bt Mahmad redzuan menyambut kehadiran cahayamata yang ke-2, Muhammad Muadz As Sabiq.

2008

Muadz beberapa minit selepas lahir

Muadz beberapa minit selepas lahir

2010

2010 - Pipi yang semakin melebar

2010 - Pipi yang semakin melebar

Anakku,
Dunia di depanmu mungkin tak sama
dengan dunia yang telah dan sedang kami sedaya upaya lalui
Zaman berbeza
Cabaran berbeza
Ummah berbeza
Cuma jati diri mu itu usah berkurang
Gigit erat peninggalan Rasul (s.a.w) dengan gerham mu
Jangan lepaskan, Teguh amalkan
Banyakkan memberi, bukan mengharap pemberian
Doakan kami terutamanya bila kami tiada nanti
Selamat hari lahir yang ke-2

* harap-harapnya muadz dapat baca coretan abah ini 10 tahun akan datang

Sepetang

Sepetang di pinggir rumah bersama umar dan muadz, sementara menunggu ibu mereka pulang dari bekerja.

Twenty Ten

Saya sekarang menggunakan Tema Lalai (Default Theme) Worpress Versi 3, bertajuk twenty ten (2010).

Tema ini nampak lebih ringkas, pengatas boleh diubah dan tulisan yang jelas.

Selain itu, setiap kiriman juga boleh diubahsuai pengatasnya (header customization) dengan menentukan imej pilihan (featured image) semasa menambah kiriman.

Saat Lafaz Sakinah -030606

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku,
wali puteriku
Serah kini
amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia,
curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya
sandar di bahuku
Tangisannya kini
ku serah padamu
Bukan bermakna,
dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia
wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Palestin – tribute to LL4G

oleh : Orkes El Suraya

Mayat- mayat terbujur di tepi jalan raya
Orang tua yang uzur, anak- anak tak berdaya

Pria dan wanita, gadis muda remaja
Mereka turut gugur sebagai bunga bangsa

Rakyat Palestin terus diancam oleh insan yang bengis
Berbagai ragam tindakan kejam yahudi dan falangis

Palestin dibuat seperti binatang sembelihan
Dibunuh disakiti tanpa belas kasihan

Mereka tak peduli walau dunia mengecam
begitulah yahudi ganas, buas, bengis, kejam!

Inikah ciri bangsa yang mengaku beradab
Merosak Masjid Aqsa dengan cara biadap

Lihatlah suatu masa, pagi atau petang
Balasan akan tiba, kutukan pasti datang

Kepada manusia, Tuhan telah katakan
Insan yang aniaya, pasti dapat kutukan

Palestin, Palestin, Palestin
Ro’akallah

Terima Kasih Guru

Album: Saujana II
Penasyid : Saujana

“guruku pengorbananmu melambangkan betapa luasnya kasihmu, jutaan penghargaan kuutuskan untukmu, oh Tuhan, rahmatilah guruku”

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jiwamu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang

Ayam, Udang dan Ikan

Setelah perbincangan selama beberapa minggu, akhirnya pada Sabtu Malam Ahad, 1 Mei 2010, kejiranan Lorong Batu Hitam 34 berjaya mengadakan majlis perjumpaan keluarga dan Jamuan BBQ. Enam ekor ayam dipotong dua belas,nasi goreng cina (sedap ibu masak – kata umar), bihun goreng, beberapa kilo ikan kembung (Atau ikan termenung), Ikan Pari dan udang serta buah tembikai dan air oren sunquick menjadi rezeki perut-perut yang agak lapar pada malam tersebut.Alhamdulillah,  diharap perjumpaan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk memantapkan lagi ukhuwwah sesama jiran.