Category Archives: Aktiviti
Nyaman bah
Alhamdulillah setelah beberapa minggu kami jadi “orang gelandangan” kerana barang-barang diangkut masuk ke kapal. sekarang keadaan menjadi bertambah baik.Minggu lepas, barang-barang dan kereta sampai dengan selamat.
Terima Kasih kang Ajib, Kak Lin dan anak-anak kerana sudi menerima kami menjadi tetamu di rumah mereka selama seminggu lebih dan meminjamkan kenderaan untuk kami bergerak.
Kepada saudara dan rakan-rakan yang sampai ke Kota Kinabalu, dipersilakan singgah di rumah (sewa) kami di Putatan.
Adios Kuantan
Hidup ini jambatan ke-akhirat, dunia ini hanya tempat persinggahan dan tempat persediaan. Insya-Allah esok kami sekeluarga akan bertolak dari Pantai Timur Semenanjung ke Malaysia Timur. Permisi dulu bandar Kuantan.
Tahun ke-5, menuju infiniti
3/6/11 Genap tahun ke-lima Isteri saya dan saya disatukan dalam ikatan pernikahan, dan kami sekarang diamanahkan dua orang putera yang sedang dalam proses pembelajaran menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.
Ya Allah, Alhamdulillah, kami bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan kepada kami, Semoga kami sekeluarga akan sentiasa dalam perlindungan dan panduan dari-Mu menuju tahun yang ke-∞ ( infiniti) di syurga Mu nanti.., masukkan kami ke dalam syurga firdaus Mu, jauhkan kami dari jalan-jalan menuju ke-neraka sejauh-jauhnya..amiin.
MMXI
Tahun MMX baru melabuhkan tirainya dan kini masuk tahun MMXI dalam kalendar masihi.
Bayangkan sekiranya nombor Roman (yang tiada angka sifar) digunakan dalam pengiraan seharian. Sistem nombor yang kita gunakan sekarang adalah diambil dari sistem nombor Arab.
| Roman | Arabic |
|---|---|
| I | 1 |
| V | 5 |
| X | 10 |
| L | 50 |
| C | 100 |
| D | 500 |
| M | 1,000 |
| i | 1,000 |
| v | 5,000 |
| x | 10,000 |
| l | 50,000 |
| c | 100,000 |
| d | 500,000 |
| m | 1,000,000 |
Rujukan:-
http://en.wikipedia.org/wiki/Roman_numerals
http://ostermiller.org/calc/roman.html
1432 Hijrah, 30 tahun, Sidik.org
1) Kita baru masuk ke tahun 1432 hijrah. Semoga hijrah kita sentiasa ke arah kebaikan. Hayati hijrah Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabat Radiallahu Anhum. Sama-sama betulkan niat kita, jangan sampai niat yang salah menjadikan segala amalan baik yang kita lakukan jadi sia-sia.
2) Menginsafi umur saya yang genap 30 tahun mengikut perkiraan takwim Hijriah pada tanggal 20 Zulhijjah 1431H dua minggu lepas, semoga Allah sentiasa merahmati kami dan mengampunkan dosa-dosa kami, dan pengakhiran umur kami nanti dalam keadaan baik, (husnul khatimah) amiin.
3) Setelah dua (2) tahun domain sidik.org terlepas ke tangan pihak yang tak berkenaan akibat saya terlambat memperbaharui langganan, tahun ini pihak tersebut tak memperbaharui langganan mereka (mungkin kerana tak ada orang nak beli). Jadi semalam domain tersebut kembali saya langgan, tetapi buat masa ini saya hanya set untuk redirect (terjemah?) ke alamini.net.
Dari Umar R.A. : aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: ” Sesungguhnya setiap amalan tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan memperoleh sesuai dengan niat masing-masing. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang ingin diraihnya atau untuk seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sebatas pada apa yang menjadi niatnya” – terjemahan hadith Riwayat Bukhari -
Wptouch: pemalam wordpress untuk peranti mudah alih


Untuk perkongsian. Kepada pengguna wordpress, anda boleh memasang pemalam “wptouch” untuk blog wordpress anda. Dengan ini laman blog akan lebih mudah dibaca menggunakan pelayar peranti mudah alih.
Laman wptouch
Temai Hulu, Kota Bharu, Sungai Manila dan Makkah
1) Dua minggu lepas Abah & Mak mertua saya berlepas ke Tanah suci menyambut panggilan Haji. Ketika ini mereka sedang bersiap untuk memulakan perjalanan wukuf di Arafah. Semoga Allah menerima Haji mereka.
2) Minggu lepas saya ke Kota Bharu atas urusan kerja, dan nampaknya angin monsun timur laut sudah mula menampakkan kunjungan tahunannya.
3) Minggu lepas saya dan keluarga berkesempatan pulang ke Sungai Manila, Alhamdulillah. Moga kepulangan kami mengubat sedikit kerinduan ayahbonda.
4) Selamat menyambut Eidul Adha. Bersama kita belajar dari kisah pengorbanan baginda Ibrahim Alaihi Salam, Ismail Alaihi Salam & Siti Hajar.
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Terjemahan Surah Ibrahim: Ayat 40)
Musafir Di Aidil Fitri
Pertamanya al-Fatihah buat arwah Aki (ayah kepada ibu mertua saya) yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam hari raya di Pekan.

Arwah Aki (dua dari kiri), di kiri sekali isteri beliau, arwah Tok (meninggal dunia 2 tahun lepas). (gambar di ambil tahun 2005, majlis pertunangan)
Juga Al-Fatihah buat arwah Sapuan Mat Ariff, bekas rakan sekelas di Sekolah Rendah . Walaupun beberapa kali kita ber SMS nak berjumpa di Kuantan, akhirnya tak kesampaian juga. Sesungguhnya kita milik Allah, dan sesungguhnya kepada Allah kita akan kembali..
Tahun ni kami berhari raya di Pekan dahulu.
Hari ke dua, kami bertolak ke Perak. berhenti di PSS Gambang arah barat untuk mengisi minyak dan Solat & Makan di Masjid Kuala Selangor.
Tiga syawal menziarah Kakak di Sabak Bernam, dan juga saudara sebelah Mak di Sabak Bernam dan Sungai Besar. Saudara sebelah bapak majoriti tinggal di Johor, jadi lain kali insyaAllah akan ke sana.
Hari ke-empat, menziarah bapa saudara di Felda Sungai Tengi.
Kelmarin, selepas beraya di rumah kakak-kakak di Lekir dan Teluk Intan dan kemudian bertolak pulang ke Kuantan jam 7 malam. Berhenti solat & rehat di PSS Gombak.
Selepas itu tiga lagi tempat berhenti (PSS Bentong, R&R Temerloh dan R&R Gambang) kerana pemandu mengantuk yang amat sangat. Akhirnya sampai ke rumah jam 3.40 pagi. Biarlah lambat, asal selamat. Alhamdulillah.
*PSS – PETRONAS Service Station
*R&R – Rawat dan Rehat
Salam Eidul Fitri 1431H
Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, selamat tinggal bulan Ramadhan, moga tahun depan kita berjumpa lagi. Moga Ramadhan ini menjadi titik perubahan kepada kita untuk menjadi muslim yang bertaqwa dan yang penting, moga kita sama-sama mendapat keredhaan dan keampunan Allah.
Dengan penuh merendah diri, kami sekeluarga mengucapkan mengucapkan Salam Eidul Fitri kepada semua umat Islam, dan kami memohon kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan sama ada yang kami sengajakan atau tidak, dan kesalahan yang kami sedari atau tidak.
Daripada Aisyah R.Anha, Nabi S.A.W bersabda “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau menyukai keampunan maka ampunkanlah daku” (Riwayat At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Sidik @ Alamini.net
26 Ramadhan 1431 H
- Salam Eidul Fitri
- header
- abah & muadz
- senyuum
- mula rajuk
- umar & muadz






























