KLIBF – PWTC

Baru balik dari KL, ade meeting family, bincang pasal persiapan.

semalam singgah sekejap kat PWTC, melawat Pesta Buku Antara Bangsa KL, sesak sungguh, kalah PC fair (skrg PC fair dia dah pindah ke KLCC) .Tapi tempat KLIBF tu dah ditukar ke dewan (ape tah nama dewan tu), kene seberang sungai, bukan le kat PWTC namanye tu.

Beli 2 je buku, pasal komunikasi suami isteri (normal la bagi orang2 nak kawin nih :p)
9 minggu lagi insyaAllah:)

Malam tu meeting yg ade k.shimah, k.anip, k.ipah, kamil & aku. banyak juge la yg dibincangkan pasal perancangan 3 & 4 Jun nanti, kita merancang, tawakkal pada Allah, moga dipermudahkan jalan.

Pembersihan Spam

2 3 hari ni forum sidik.org dibanjiri mesej² spam yang tak guna, jadi aku terpaksa meningkatkan capaian forum tu, orang² barat ni memang terumbang ambing hidup mereka sampai buat perkara² yang tak guna & menyusahkan orang :o . moga kita semua sentiasa dikurniakan hidayah sentiasa..

Setelah 2 minggu berhadapan dengan montage preparation, alhamdulillah. masa dinner hari tu dapat berjalan dengan baik, congratulation to alll team members. back to your work station..heheh

Sekarang boleh la dikatakan aku selalu menghitung hari..:p 100 hari lagi insyaAllah

Slamat Lagi

Slamat pengantin baru kepada member amarullah & isterinye nurbaiti yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu ni, moga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga.. ameen. juge kepada membe sekelas & sekampung aku, sapuan.

……..
cerita lain

20 Zulhijjah 1426, kelmarin, kira ikut tahun Islam, umur aku dah cukup suku abad..(aku lahir isnin,20 Zulhijjah 1401) negara ni pun dah macam² bende pelik terjadi, dunia makin hampir ke penghujungnya..kiamat sudah dekat, jadi sama² lah kita koreksi diri
Tiap-tiap hari makin bertambah dosa yang kita lakukan, banyak juga perkara dosa, yang kita dah terbiasa lakukan & tak rasa apa²..astaghfirullah, ya Allah, ampunkan kesalahan kami semua.. :doa:

Musim orang kawin datang lagi :p

Macam biase, bila tiba cuti skolah, kengkawan pun kawin sorang demi sorang.
Slamat pengantin baru kepada ex-classmates smapk aku, najihan, haslina, faizal yang akan melangsungkan perkahwinan 20/11/2005, 27/11/2005, 4/12/2005, skulmet izzuddin faisal esa (tarikh tak tau g), college-mate, syakir (10/12/200), practical-training-mate, kak DJ (11/12/2005). (berapa banyak *mate daa) moga perhubungan yang dibina kekal bahagia, diredhai Allah hingga ke syurga. Mintak maaf ade jemputan yang tak dapat dipenuhi… (sedar; memenuhi jemputan adalah satu kewajipan), so kepada kengkawan yang dah lepas tu doa²kan la juge yang belum ni :p

Kat pantai timur ni cam biase la bila hujung tahun, musim tengkujuh.. first time aku duk kat pahang mase musim hujan ni, dari kelmarin hujan turun tak berenti-berenti.subhanallah..musim berubah² camni ramai la orang demam

Musim hujan.. hardisk 120GB aku pun dah kene “banjir”, tetiba partition hilang, corrupt, sabar je laa.. hilang le fail² yang tak penting & yang penting, pengajarannye..takde ape yang kekal di dunia ni,fail bajet aku pon dah hilang, kene la buat baru menggunakan assumption². syukur alhamdulillah, koleksi gambar² & nasyeeds aku simpan kat hardisk satu lagi, so terselamat la B)

Kat ofis aku nampak ade tanda² akan berlaku perubahan, moga perubahan yang lebih baik, bukan sebaliknya

Anak Perantau (a.k.a Anak Pejuang)

Anak perantau di musim raya
Mukanya lesu hatinya pilu
riangnya kurang wajahnya sayu
hanya selalu dia membisu

sekali sekala bertanya pada ibunya
muram wajahnya penuh kesedihan
di manakah ayah tak kunjung tiba
bukankah hari ini hari raya
bukankah hari ini hari raya?

Diam ibunya menahan rasa
sambil merenung anaknya sayu
air matanya mula berlenang
menitis titis di atas pangku

hairan anaknya mengapa ibu begitu
apakah mungkin simpati padaku?
maafkanku ibu kucium tanganmu
pengampunanmu penawar sedihku
pengampunanmu penawar sedihku

padamu Allah aku berserah
memohon restu dan bantuanmu
bilakah masanya akan tiba
hari gemilang di bumi indah

biar kesepian menyelubungiku
dalam penantian kepulangan ayahku
anak perantau tetap setia
walaupun ayah nun jauh di mata
walaupun ayah nun jauh di mata

-kumpulan mawaddah-