Seminggu lagi pergi ke Pekan Insya-Allah

Seminggu lagi, family aku akan mengadakan rombongan meminang ke Pekan insyaAllah, asal dulu cadang nak pegi semalam (sabtu 24/9), lepas tu ditangguhkan ke (2/10).

Elok juga ditangguhkan, sebab lepas tu baru dapat tau skolah2 ganti akan dijalankan pada setiap hari sabtu. maknanye cekgu2 takkan available pada hari sabtu (majoriti kakak², ipar² aku cekgu)

Persiapan setakat ni OK, tinggal beberapa item yang perlu disiapkan sehari sebelum majlis. semoga segalanya berjalan lancar. Kepada kawan², doakan la same ye..;)

Seminggu lebih lagi, ramadhan akan tiba lagi insyaAllah, sama² kita sambut ketibaannya dengan hati yang lapang dan gembira. ramadhan kali ni first time mase keje.

Tahun lepas, sepanjang ramadhan aku duk umah (mase tu status penganggur kehormat), seminggu pertama jadi penunggu rumah sorang², mak & bapak aku pegi umrah mase tu. Skrg alhamdulillah, rezeki dah bertambah baik, segalanya kurniaan dari Allah. Time menganggur tu memang banyak mengajar aku, salah satunye, camne nak menguruskan perbelanjaan..zaman boros2 dah lepas (contohnye mase zaman blaja dulu)

So kepada anak² yang masih blaja kat U tu (aku takde adik, anak buah aku yg paling tua dah masuk U,kire bebudak yang duk kat U tu, aku panggil anak² je la,hehehe), belajar la dari kesilapan orang² terdahulu. kalau ade pinjaman ke, biasiswa ke, pinjaman boleh ubah ke..jgn la sibuk nak upgrade PC, beli latest henset, sopping sakan beli baju@kasut baru banyak² etc. berbelanja la seadanya, sekadar keperluan. lebih2 tu simpan untuk mase depan, sebahagian lagi belanjakan fi sabilillah.

sekian sahaja ceramah kewangan kita pada malam ini :p

Google Earth

PERMATA, Bangi (image not available)
Kolej Tun Perak (image not available)
Kolej 12 (image not available)

jadi, bile anda berjalan2, mase tu mungkin gambar anda sedang ditangkap dari satelit..hmm :o

hari isnin – rabu semalam, aku kat PERMATA, oleh kerana hostel full, terpakse duduk kat marriot, pegi & balik tumpang my colleague, 1st day tu aku pegi tumpang en najib, instructor dari INSTEP

balik dari permata tumpang azmin PGB, sampai komuter serdang, sampai Kuantan 9.30. hujan lebat, tengok2 kat moto, helmet sudah takde, sabar je la.. for the second time, helmet apollo aku tu pon nak curik bebudak ni

24 September

InsyaAllah, pada 24 september 2005/20 Sya’ban 1426 sidik al amini akan mengikat tali pertunangan dengan nor ashikim
@};–@};–

moga segalanya dipermudahkan, dan perhubungan kami sentiasa terjaga di dalam perlindungan & redha-Nya..amiin

Dah ade monitor baru

Baru dapat monitor baru, tq kepada housemate aku hasnul yg tolong belikan (lari lagi bajet bulan nih). monitor lame dah hancur, mula2 gambar jadi kecik,pastu ketuk2 sket ok,lately ketuk2 terus tak keluar gambar.. tamat la riwayat..

[center][url=galeri_86_40_.php][img]thumbnail.php?id=86[/img][/url][/center]

so sekarang aku boleh la menjalankan aktiviti dengan aman

Tadi pakcik Akil jiran sebelah rumah aku jemput pegi meeting kenduri anak dia, aku masuk kejap je. sebab ade meeting lain dengan membe2, esok kene buat performance nasyid mase majlis tilawah..tengok je la camne sok

Pagi isnin

Pagi isnin, belum tidur,esok kerja..

jadi tidur la zzzzz

malam ni dah buat satu keputusan yang penting, insyaAllah. moga segala perancangan dikurniakan kejayaan & dipermudahkan..amiin

Ke bangi

jap g nak naik bas pukul 1 ke KL, esok pagi terus pegi ke PERMATA, bangi..semoga perjalanan ini dilindungi Allah sentiasa..amiin

semalam orang2 finance buat lawatanke PDH ‘(Propane DeHydrogenation) plant, tourist guide dia syam PDH. masuk situ jadi cam rusa masuk kampung la, macam jakun pon ade . tapi tak kesah la sesekali kan

Ke kertih

baru balik dari ethylene malaysia, kertih. ada urusan pekerjaan kat sana, cantik la landskap kat plant tu. bila kita jumpa orang lain baru la kita tau kedudukan kita & area2 yang perlu di ‘improve’ di pihak kita.

tapi pegi siang tak nampak la sangat keindahan flare2 (api) kat kertih tu..kalo g malam baru la cam aerospace ..ala kat plant aku pon bole nampak gak, tapi sket je la

hmm dah lame juge aku tak menulis..

minggu ni aku akan ke bangi insyaAllah, sebab ade kursus percukaian. kene bukak balik la buku tax yang dah lame tak bace :p

rumah aku sekarang dah tinggal 2 orang je sebab tajul dah pindah rumah lain (member da kawin beb) maknenye cost sharing tu kurang la sket atau dengan kata lainnye, kos setiap orang kene bayar bertambah..banyak gak tu. so sesape nak masuk rumah ni silakan la (lelaki sahaja ye).. bilik kosong tu

Hari Isnin :D

Sindrom hari isnin, jangan jadikan satu budaya..betulkan niat kerana Allah,berfikiran positif,lakukan kerja dengan Amanah, InsyaAllah semuanya diberkati..selamat bekerja B-)

Financial Reporting Standard – Salient Features

da lepas 2 hari seminar FRS yang dianjurkan oleh MIA, basically same je FRS dengan MASB standard yang lame, tapi, ade banyak gak perubahan.. fullstop, tak reti aku nak mengeksplain :p, cuma yang dapat disimpulkan, dalam masa setahun ni auditor & accountant akan pening2 lalat sket. untuk detail boleh lah dirujuk kat badan2 berkenaan..

** Dalam wishlist aku,untuk membangunkan satu Islamic Accounting standard yang bebas dari GAAP, just following Al-Quran & As-Sunnah.perlu difikirkan macam mane pedagang Islam zaman dulu uruskan kewangan diorang sebenarnya, adakah penggunaan income statement & balance sheet tu menunjukkan kedudukan sebenar kewangan mengikut perspektif Islam, perlu lebih banyak kajian dalam hal ni (yang tak hanya tinggal sebagai kajian semata2). Hopefully i will be one who involved in developing, applying and promoting the Islamic Accounting Standard.

Kisah Sebuah Sudu

Tadi aku makan nasi goreng, entah ape perencah aku taruk, bedal je la. tetiba mase makan tu ditakdirkan aku ternampak tulisan kat sudu tu “ahlan wasahlan” (bahasa arab la), sudu dari arab saudi kot. teringat aku buat kad ucapan, siri ramadhan.. yang aku eja ahlan (alif ha(kecik) lam alif) tapi kat sudu tu apesal ha besar pulak ek ???.. hihih rupenye memang aku tersilap la :p .. takpe dah betulkan & upload kad yang baru..