Hitam-Keluar :tumbuk:

Terjemahkan frasa di atas ke bahasa inggeris :p
malam tadi start pukul 3 pagi (seingat aku la) sampai 1 tengahari tadi blackout kat kawasan balok ni, telefon TNB, akak tu cakap ade kabel putus. malam tadi hujan lebat & kilat sabung menyabung..

alhamdulillah dah ok, boleh la jugek sambung keje yang tergendala..

Lagu nasyid lagho

Eh, jgn terkejut plak bace tajuk kat atas tu. maksud aku ialah sesetengah lagu nasyid kontemporari skrg ni ade yg lagho jek, tu yang diistilahkan dengan nasyid jiwang tu.

Pendapat aku, lagu2 camni sebenarnye adalah lebih bahaya kesannya berbanding dengan lagu yang jelas pop rock @ balada, sebab lagu2 nasyid jiwang ni berselindung di sebalik perkataan “nasyid”. dengan tu orang yang pada asalnya tak suka lagu2 jiwang ni, bile dengar nasyid jiwang akan mula “berijtihad”, takpe sebenarnye berjiwang nih, mula la mewujudkan “Rukhshah” (kelonggaran) sendiri.

aku mengaku, pernah minat lagu2 camni, sbb tu kat ruangan lirik nasyid tu ade lagi, takpe lah biar kat situ, biarkan sebagai satu monumen… tapi skrg kita cuba la kurangkan dengar lagu2 camni ye, tujuan nasyid sepatutnya untuk menjadikan kita lebih bersemangat & mendekatkan diri kepada Allah, [b]bukan[/b] mendekatkan diri kita kepada “seorang insan bernama kekasih”!,..wallahua’lam.

nasyid “jiwang kepada Allah” cam kat bawah ni yg ok :)
[code]
Tajuk: Allahu
Penasyid:Sami Yusuf

Chorus
Allahu Allahu Allahu
Allahu Allahu Allahu
Truly He is the One
He has no father or son
Everything in creation was by Him begun
With His infinite power anything could be done
Ask Allah for His Pardon
And you’ll enter the Garden

Chorus
Before Him there were none
Of partners He has none
He knows what is apparent and what is hidden
All the fate of creation has already been written
His Will is always done
And can never be undone

Chorus
From amongst all humans
Muhammad was chosen
He was illiterate and he was an orphan
Yet Allah sent him to those who were pagans
O Allah let us drink
From his hand in the fountain

Chorus
Ya Allah You’re the Sovereign
You’re the Sultan of Sultans
Please protect me from Shaytan and all of his treason
Let him not with his whispers my iman ever weaken
My only wish in this life
Is to attain Your Pardon

Melody: Nusrat Fateh Ali Khan
English lyrics: Bara al-Ghannouchi
Producer: Sami Yusuf
[/code]

Hari² adalah hari ibu

Tak baik kalau kita meraikan ibu kita pada hari ibu, tapi hari lain selalu lawan cakap. oleh itu, tiap2 hari, pastikan buat baik sentiasa kepada ibu & bapa kita, K :) .. begitu juga guru, hormati guru sentiasa, bukan pada hari guru sahaja
[center][url=http://sidik.org/galeri_60__.php][img]http://sidik.org/thumbnail.php?id=60[/img][/url][/center]

*bulan ni belum balik kampung lagi, awal bulan depan insyaAllah..
[code]
Tajuk: Ibu
Album: Iman
Kumpulan: Aeman

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yg engkau hamparkan
Bagaikan laut yg tak bertepian

Biarpun keperitan telah kau rasa
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kaukorbankan
Biarpun dirimu yg tlh terkorban
Tak dapat kubalasi
Akan semua ini
Semoga tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yg amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu yg sungguh bernilai
Itulah harta yg engkau berikan
Ibu..dengarlah rintih hatiku utk mu ibu

Kasihanilah tuhan ibu yg tlh melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana......
[/code]

Manusia dan Hidrokarbon

(image not available) model molekul Metyhl Tertiary Butyl Ether (MTBE) – dibina menggunakan swift 3d (blom siap lagi)

Ape kaitannye manusia dan hidrokarbon. jom kita tengok betapa manusia “moden” sekarang ni terlalu bergantung kepada petroleum dalam kehidupan seharian:-

1) Tenaga – Majoriti daripada sumber tenaga yang digunakan adalah dari sumber petroleum, kita masak guna gas LPG, kita nak bergerak guna petrol@diesel,stesen janakuasa elektrik guna gas asli.
2) Barang keperluan Rumah – yang paling banyak daripada plastik, antara jenis plastik poliethylene,polypropylene,polyvinylchloride (dan lain2 poliolefin), olefin2 tu semua asalnya dari gas . ape barang2 plastik yang kita selalu gunakan, banyak sangat, penyangkut baju, botol susu baby, pampers,henset, barang Komputer, dashboard kereta,lampu kereta,barang eletrik,plastik sampah, tong sampah, tilam, kerusi, beg, kain nylon, CD, Kad kredit, pen,contact lens,peralatan hospital,dan banyak lagi
2) Pertanian – nak buat baja ammonia pun asalknya gas jugek
4) Even nak buat bom TNT pun, asalnye daripada gas

Petroleum sekarang satu sumber yang makin kurang, sebab tu sekarang, kita nampak hubungan dua negara boleh jadi tegang disebabkan petroleum. malahan, perang “zaman moden” ni kebanyakan bermotifkan petroleum, kita tengok perang iraq & afghanistan yang dilancarkan oleh pendokong zionis, baru-baru ni sudan pulak nak dijadikan sasaran penyebar fitnah US.semuanya sebab minyak, sekarang manusia berlumba2 memajukan industri,kemajuan tanpa kawalan, semua tu memerlukan penggunaan kapasiti derivatif2 petroleum yang besar, bertambah lagi la kadar pengurangan sumber2 yang ada..

Baru 2 3 hari lepas, harga petrol naik seposen, harga diesel naik doposen kat malaysia. Bayangkan, bila reserve minyak & gas akan habis nanti, akan tiba masanya sumber kat dunia ni pupus, mase tu orang2 kebanyakan macam kita ni tak akan mampu nak beli petrol (naik basikal je la jawabnye, pastu masak guna kayu api @ guna cahaya matahari). memang tak dinafikan sumber2 alternatif banyak, tenaga solar, hydro, hidrogen,angin, ombak etc. tapi bersediakah manusia nak gunakan teknologi2 tu,dah cukup matang ke teknologi alternatif yang sedia ada. Lagi, bila gas asli dah takde,dah tak boleh nak buat plastik (mouse komputer pun gune besi kot), tak boleh nak buat baja (makanan pun kurang), nak guna minyak kelapa sawit pun kene ade baja jugak,buat jalan takde minyak tar .

kesimpulannya, dunia semakin hampir ke penghujungnya, jadi beringatlah kita. Kita tak tau bila masanya akan tiba, mungkin minggu ni, atau minggu depan, atau bulan depan & seterusnya. Walaupun kita mungkin tak bertemu dengan hari kiamat pada masa hidup kita, tapi kiamat kecil pasti kita akan temui juga (mati)..

Sama2 kita persiapkan diri menghadapinya..sekadar bebelan orang dah mengantuk..wallahua’lam

Semalam RM14.30, hari ni dah RM16.90

Naik Banyak la juge tambang bas kuantan, dalam 18%. semalam aku pegi KL dari kuantan RM 14.30 je (termasuk insurans seposen), hari ni nak balik kuantan, aku yang tak berapa ingat pasal isu kenaikan tambang ni dengan yakin bagi la RM 14.30 kat akak kaunter tu. akak tu menjerit, RM 16.90 ! tambang dah naik!.. hmm kenaikan harga minyak memang dah menampakkan kesannye, lepas ni barang2 pengguna pun mesti naik dan naik.

Lebih2 lagi dengan nilai ringgit yang disandarkan kepada nilai dollar yang begitu rapuh (kenapa nak ikat lagi? dah terang-terang hutang US bertrillion2 dollar)

Nilai matawang sepatutnye disandarkan kepada sesuatu yang kukuh, contohnye nilai emas, takde la nilai tu terdedah kepada faktor2 luaran camni. Malangnya sejak abad mutaakhir ni, kebanyakan (kalau tak semua) nilai matawang sekarang ni disandarkan kepada “kekuatan ekonomi”, satu konsep rekaan yang sebenarnya adalah agenda Zionis nak mengawal ekonomi di bawah telunjuk diorang. Berdekad² kita ‘terpaksa’ akur, sampai bila? kita yang mesti memulakan langkah untuk kembali kepada sistem Islam.

Penyebar Fitnah

baca komentar editor dalam i isu mei. Sejak akhir2 ni penyebaran berita palsu makin berleluasa, contohnya isu sosej b a b i hari tu, tak pasal2 syarikat yang tak berkenaan jadi mangsa berita2 yang tersebar melalui internet & SMS. yang sedihnya, orang yang terima berita tu, tanpa usul periksa menyebarkan pulak cerita yang diterima, tak tau diterima dari sumber mana.

kepada mereka yang berkenaan, ingatlah bahawa fitnah itu adalah lebih dahsyat dari membunuh, apabila kita terima sesuatu berita, siasatlah dahulu sebelum percaya@sebarkan kepada orang lain, supaya kita tidak jadi dalam golongan orang yang menyesal di kemudian hari.

lagi satu berkenaan surat berantai, isu ni memang dari dulu dah diperingatkan, tapi ade jugak insan2 yang kononnye “naive” & “innocence” sebarkan kat orang, tak dapat terima la perkara camni. ape guna akal & hati yang dikurniakan kepada kita, ingatlah bila kita dah initiate sesuatu cerita bohong, sebarkan kepada orang lain, orang lain tu pulak sebarkan kepada orang2 lain. dosa tu akan terkumpul & bertambah selagi berita tu tersebar. na’uzubillah..

Lagi satu perangai penyebar fitnah ni, berkenaan penyebaran sesuatu ayat yang dikatakan hadis, jangan cakap bende tu hadis rasulullah s.a.w kecuali diketahui sumbernye & telah disepakati oleh ulama’ hadis. diorang dah buat kajian yang mendalam & saintifik bagi mengesahkan sesuatu hadis tu benar @ palsu, berdasarkan kajian tu dikategorikan tahap2 hadis tu mutawattir,sahih, hassan, ahad, dhoif,maudhu’ etc. kalau kita sebarkan hadis palsu, dah la buat fitnah, lagi buruk dari tu, buat fitnah terhadap rasulullah!! zaman rasulullah dulu orang munafik, yahudi & kafir quraisy je yang sebarkan berita palsu mengenai rasulullah. jadi zaman sekarang jauhi dari tergolong dari orang2 camtu.

Memang kadang kala kita cuai, niat nak dapat pahala menyebarkan sesuatu nasihat yang kita anggap baik kepada orang lain, tapi sebaliknye kerana kecuaian kita (yang malas berfikir) dosa yang dapat, kadang2 sesuatu berita tu sekali pandang nampak macam benar & baik, tapi bile 2 3 kali pandang baru ternampak tanduk yang tersembunyi. kesimpulannye sebelum buat sesuatu kene fikir & kaji dulu akibatnye, jangan jadi orang yang mengikut je tanpa usul periksa, beza binatang dengan manusia ni ialah akal fikiran, jadi same2 la kite gunakan ye..wallahua’am

sekarang zaman fitnah, sama2 kita jauhkan diri dari segala fitnah tersebut..jauhkan diri dari menjadi fitnah kepada Islam.

Borong Buku banyak-banyak

ke PWTC tadi.Tu la wishlist aku, tapi tak dapat la nak borong banyak2 sebab budget terhad.. orang ekonomi selalu bincang pasal bende ni, kehendak tak terhad, tapi sumber terhad.. satu konsep yang aku tak berapa setuju, kerana terlalu melihat dari segi materialistik.

banyak gak gerai kat pesta buku tu, segala jenis buku ade. aku borong majalah-i isu lame2, harga dia RM3 tiap satu. beli lebih RM50 dalam satu resit ade cabutan bertuah, cabut2 dapat hamper ginvera..hmm, terime je la,alhamdulillah. aku tak pakai,aku bagi je kat anak buah aku.barang2 kosmetik ni mmg out of list la…pas ni dah beli kene la baca pulak :) insyaAllah.buku lain2 ade la 2 3 buah..

taun depan datang lagi, boleh beli lagi banyak2 …insyaAllah

Jam 1.30 minit pagi

Tadi balik keje, buat operasi memecah masuk bilik sendiri :o ..pagi tadi mase tengah kalut nak pergi keje, tersilap ambik kunci moto, sepatutnya ambik kunci yang ade kunci bilik sekali, ditakdirkan aku mengambil kunci moto yang satu lagi, tanpa kunci bilik & kunci rumah..terkunci dari dalam la bilik tu. so kesudahannye, bilik aku sekarang dah takde kunci, habis cerita.. small matter tu

ok sambung cerita nabi musa a.s
kuliah pagi jumaat pagi tadi (semalam) setelah nabi musa a.s. terbunuh salah seorang kaum fir’aun ketika meleraikan pertengkaran antara 2 orang, baginda lari daripada dikejar oleh konco2 firaun,lalu pergi ke madyan. sampai di suatu tempat, terdapat satu perigi di mana orang2 di kawasan itu mengambil punca air, kelihatan 2 orang gadis yang sedang berbaris panjang menunggu giliran untuk mencedok & mengangkat air, lalu nabi musa a.s. menolong gadis tersebut. 2 orang gadis ni adik beradik sebenarnye, lalu bila diorang dah balik rumah, jumpe ayah (setengah riwayat mengatakan ayah mereka ialah nabi syuaib a.s), sorang daripadanya cerita tentang bagaimana musa menolong mereka mengambil & mengangkat air yang berat untuk diberikan kepada ternakan, gadis tersebut recommend ayah dia ambik nabi musa sbg pekerja. orang tua tersebut memangil nabi musa & menenangkan baginda, bahawa baginda selamat di situ. nabi musa kemudian dioffer untuk mengahwini anak orang tua tersebut dengan syarat kene bekerja selama 8 taun sebagai maskahwin (maknenye maskahwin ni tak semestinya duit). nabi musa menerima offer tersebut & kerje selama 10 taun.

dah sepuluh tahun, sebagai seorang manusia sudah tentulah perasaan rindu kepada tanah air tu ade,lalu baginda pun meminta kebenaran dari bapa mertuanya untuk membawa isteri & anak2 pulang ke mesir. perjalanan baginda adalah pada waktu malam ( adalah baik kita bermusafir pada waktu malam, kerana pada waktu malam, cuaca sejuk & keadaan aman berbanding pada waktu siang). sampai berhampiran bukit tur sina di mesir, baginda ternampak dari jauh, kelipan api.

Jom ke Pesta Buku :D

hari sabtu ni nak pegi KL insyaAllah, pesta buku antarabangsa kat PWTC taun ni dah nak abis. dah banyak kali juga nak pergi asyik tak kesampaian je. kepada yang duduk kat area KL tu, pegi la sane bawak family, carik buku2 yang berkenan. otak kita ni kalau dibiarkan je tanpa input yang baru, boleh jadi berkarat,

hari ni last day bos aku kat ofis, but on his last day ni la aku takde kat ofic sebab ade ad-hoc seminar kat TC.BTW wish you best of luck in the new place mr.rafizi!

[code]Membaca

Yo mari membaca
Ayo membaca setiap hari
Rame-rame yo mari membaca
Setiap kata sangat berarti

Yo mari membaca
Raihlah ilmu setinggi langit
Rame-rame yo mari membaca
Ayo membaca sedari kecil

Dari iqro' hingga tafsir Quran
Koran (akhbar), majalah, buku pelajaran
Banyak ilmu yang kan kau dapatkan
So jangan malas-malas membaca

Baik pagi siang malam hari
Luangkanlah waktu baca buku
Jadi kaya akal serta hati
Pandai bijak dan berilmu

snada B-)
[/code]

Kisah sidik tertinggal bas..:o

Malam tadi, lepas makan malam…

tenaga² dalam badan terkumpul ke perut untuk membantu otot perut melakukan proses penghadaman mee rojak, nasi lemak & keropok lekor yang baru saja di jamah. sehinggakan mata turut menjadi lesu & tak bermaya..

sehinggalah jam 5 pagi, baru proses penghadaman tersebut selesai, makanan yang dihadamkan tadi bertukar sifat kimianyaa menjadi glukosa yang boleh menghasilkan tenaga.tenaga ini disebarkan ke seluruh badan melalui saluran darah..subhanallah, begitu kompleks sistem dalam badan kita ni kan.

kesimpulannya, aku dah tertido & tertinggal bas pukul 1 malam tadi.:p, takpe ade la hikmahnya tu..perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita