Aku pulang

“..Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata

Kini tiba ketikanya
Saat kembali ke desa
Indah suasana mesra sambutannya
Rasa gelora di dalam dada

Terimalah buah tanganku
Sekadarnya yang aku mampu
Buatmu ayah dan juga ibu
Tanda ingatan kasihku..”

ewaaah..:p (nak bawak buah tangan ape ye???)

malam ni naik bas 1 pagi insyaAllah,transit kat puduraya, esok pagi terus naik bas sabak bernam. kalo takde tiket sok, bas loncat pun jadilah..

Red Hat Fedora Core 3

Saje cuba2 try test install, red hat ni banyak bende kene configure sendiri (nak carik configuration tu on the .net la)

[center][url=http://sidik.org/galeri_72__.php][img]http://sidik.org/thumbnail.php?id=72[/img][/url][/center]

Berlapang Dada lah

Kadang² kita dihadapi dengan satu masalah yang besar sampai kita rasa macam planet musytari nak hempap kita waktu tu & fikiran pun jenuh fikir camne nak selesaikan problem tu..sampai kadang2 mase solat pun pikiran kita masih ligat memikirkannya (tu permainan syaitan, astaghfirullah)..some worse case, sampai terbawak² ke alam mimpi

tapi akhirnya, bila problem tu dah disettlekan, baru kita akan rasa.. la takde la besar sangat problem ni ..

oleh itu kaweng² (tiru ayat secretary department aku kak siti) bile menghadapi sesuatu problem, jangan sempitkan fikiran, berlapang dada, hadapi masalah tu & selesaikan sikit2, dengan pertolongan Allah, masalah yang mulanya dirasakan berat akan menjadi ringan, insyaAllah..

dan bile problem tu dapat diselesaikan, ucapkanlah alhamdulillah, kerana Dia yang sebenarnya menyelesaikan masalah kite..orite, go back and practice :p

rujuk surah at-talaq ayat 3 & 4

Catatan Pagi Jumaat

Pagi ni aku belum tidur, tak tau la kenapa, rasa malas je nak baring kat atas katil tu, risau kalau esok pagi malas nak bangun. tapi kalau aku tak tidor, besar kemungkinannye esok memang aku malas, jadi aku pun nak pegi tidur la..

sebelum tidur, perkara perlu muhasabah diri, kira berapa banyak dosa yang kita lakukan
-dosa mata : tengok kepada sesuatu@orang yang tak sepatutnye ditengok
-dosa mulut:cakap bende yang bukan2, ngumpat, mengutuk, membebel, menggoreng
-dosa telinga: dengar bende yang tak sepatutnya kita dengar seperti dengar orang tengah mengumpat
-dosa kaki: pegi ke tempat yang membawa dosa
-dosa tangan: buat keje dengan cara mengular, menaip@meng’sms’ bende yang lagho etc etc..
-dosa hati:bersangka buruk, hasad dengki, riyak & takabur, suka kepada kemungkaran, benci kepada kebaikan ..na’uzubillah
-dan lain lain lagi, astaghfirullah, banyaknye…

Jangan pandang kecil kepada dosa yang kita lakukan, kerana gunung yang tinggi itu asalnya terbina dari batu2 dan pasir yang halus.

ya Allah dosaku menggunung tinggi, namun rahmatmu seluas lautan yang akan menenggelamkan gunung yang tinggi..ampuni dosa kami,janganlah jadikan kami termasuk dalam orang2 yang zalim.. amiin

aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah & aku bersaksi bahawa Muhammad itu rasululullah

dengan namamu ya Allah kami mati dan hidup..zzzzzzz

* dzunub = dosa = sin

Chinese Cuisine is not bad

da pagi ni, dinner tadi ok la, walaupun tak mengikut selera melayu jawa aku nih :) ..alhamdulillah

perkara2 yang terjadi minggu ni mengajar aku untuk lebih berhati2 dengan segala decision, terutamanya melibatkan huge amount of bucks. nak demam aku memikirkannye, but it should be rectified soon insyaAllah..though people say, we learn from mistakes. that cannot be used as a reason why we do the mistakes.one of the petronas quality principles is “right thing is right everytime”. aku tengah cerita ape sebenarnye nih ???

Satu hari yang kelam kabut

kitaran hidup umpama roda,
kekadang di atas, di bawah, di atas semula..
hari ni macam-macam adaaa…. :tumbuk:
sabar je la..

huhuhu, pantun tak berstruktur.

tomorrow i want to bring my viewcam to the office to make some interview, because i have to make montage for farewell ceremony of my boss..

dah lame tak sentuh bende2 camni, gotta find my touch.

Tukar Web Hosting

aku dah tukar webhosting, storage 150 MB. camni baru la bole nak upload bende banyak2 :) . tapi gambar kene upload balik satu per satu sebab nak download dari database lame, insyaAllah, buat sikit2..

2 3 Peristiwa hari ni

1) Balik rumah tadi nak masuk rumah sendiri, sebab dikunci dari dalam, terpaksa panjat ikut tingkap. pengajaran: cabut je kunci kat dalam tu, huhuhu :p
2) Minyak Moto Habis tengah jalan, tawakkal je la sorong motor,alhamdulillah, ade mamat moto 2 orang tolong tolakkan. 2 3 KM gak kalau nak jalan balik rumah, pengajaran: dengan bertawakkal, Allah membuka jalan, syaratnya kita kene berusaha dulu
3) Tiba-tiba ade MySQL connection Error, cuak gak tadi, alhamdulillah da ok. pengajaran: kat dunia ni takde yang kekal, tiba masa rosak@mati jua..
4) kat ofis tadi (….hehehe, tak boleh cerita …something related to error in doing the work) pengajaran: watch the work of your subordinate more closely.
5) Kisah Nabi Musa[list][*]pagi tadi tazkirah, ustaz cerita kisah ketabahan Ibu nabi musa a.s., semasa diilhamkan untuk menghanyutkan anaknya ke sungai Nil, untuk mengelakkan dari dibunuh balaci2 firaun.
[*]sebelum menghanyutkan anaknya, ibu nabi musa diilhamkan untuk menyusukan anaknya sehingga kenyang.(by this way, baby tersebut kenal rasa air susu ibunya)[*]kemudian kisah asiah (isteri firaun) yang nampak baby tersebut (nabi musa) lalu timbul perasaan sayang, kemudian berjaya memujuk firaun supaya tidak membunuh budak kecil tu.[*]Kemudian, ibu nabi musa yang berperasaan “kosong” kerana kehilangan anaknya, lalu Allah campakkan ketenangan dalam hati wanita tersebut. ibu nabi musa kemudian meminta kakak nabi musa mencari adiknya dengan berhati2@cara yang tidak menimbulkan syak wasangka[*]Kakak nabi musa pergi menyiasat dengan strategi yang bijak[*]Dengan kehendak Allah, nabi musa tak mahu menyusu dengan orang lain. Pihak istana pun buat tawaran keje kosong sebagai ibu susu. So, kakaknye yang mencari adiknya pun, pergi kat istana & cakap nak perkenalkan dengan satu keluarga yang boleh jaga baby tersebut[*]orang istana pun suspect something la, tapi bijak dijawab oleh kakak nabi musa menjadikan syak wasangka diorang hilang[*]bila ibu nabi musa menyusukan anaknya (tapi orang istana tak tau tu mak dia) nabi musa pun nak la…akhirnya nabi musa dikembalikan oleh Allah kepada ibu baginda..dengan cara yang sunggu berhikmah[/list]

pengajarannya :
1) Tawakkal, Perancangan Allah lebih baik dari perancangan Manusia, tawakkal tak boleh tanpa usaha, sudah berusaha sedaya upaya , sambil tu kita bertawakkal.
2) Pengaruh wanita ni jangan dipandang ringan , firaun yang ganas@kejam camtu pon bole lembut dengan pujukan isterinya yang dikasihi:o
3) Perlu strategi untuk membuat ape2, jangan obvious sangat, jangan ikut emosi masa bertindak

untuk kisah yang sebenarnya, sila rujuk surah al-qasas , baca & fahami