Selamat Tahun baru 1426h

Sudah 1426 tahun sejak Penghijrahan Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda dari Makkah ke Yathrib (kemudian diberi nama madinatul munawwarah -kota yang bercahaya).

Mengimbau kembali peristiwa hijrah, amat banyak pelajaran yang kita boleh dapati. salah satunya kisah kesetiaan Abu Bakr As-Siddiq, yang menjadi sahabat yang paling rapat Rasulullah S.A.W. Ketika bersembunyi di gua thur, yang terletak di gunung thur , 800m dari aras laut (teringat lagi 2 tahun lepas naik gunung thur, pancit gak naik gunung tengah2 panas :o ). Beliau rela menutup lubang binatang berbisa di gua tersebut menggunakan tangan sendiri untuk melindungi Rasulullah S.A.W daripada digigit@disengat, sehinggakan apabila tangan Abu Bakr disengat, beliau tidak mengadukannya kepada Rasulullah yang ketika itu sedang tidur, kerana tidak mahu mengganggu baginda berehat. Hanya Air mata yang keluar dek kerana kesakitan, lalu air mata itu menitis terkena pipi rasulullah menyebabkan baginda terjaga. akhirnya kesakitan tersebut hilang serta merta setelah diubati oleh Rasulullah s.a.w

(untuk cerita yang lengkap dengan riwayatnya sila rujuk kitab2 sirah yang muktabar)

jadi berhijrahlah wahai muslimin & muslimat, berjihadlah di jalan Allah

Duduk kat Balok Baru

Sekarang aku sewa rumah kat balok baru, dekat je dengan gebeng , dalam 10 minit sampai tempat kerje.

Rumah tu ok la, cuma takde pape barang @ peralatan kat dalamnye, masjid pun dekat je. alamat:
[code]No 18, Lorong Balok Baru 15, perkampungan balok baru fasa 2, poskod 26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur. [/code]

umah ni kosong, sesape nak datang jemput le, kalo bawak mesin basuh ke, fridge ke boleh jugek :p

Salam Idul Adha

Kepada Para Muslimin & Muslimat, selamat Menyambut Iduladha..belajar dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s & Keluarga baginda..jalankan syariat tanpa banyak bicara. kita jangan banyak soal dalam perkara ibadah ni, tak perlu nak carik sebab kenapa disyariatkan begitu, kenapa begini

aku beraya kat sini je la rasenye :| , takpe lah. sekarang, masih mencari rumah yang sesuai untuk diduduki, kirenye belum stabil lagi la skrg ni, dalam 2 3 minggu ni proses adaptation dengan alam & orang2 sekitar, moga2 segalanya dipermudahkan oleh Allah.

So, untuk catatan ni, insyaAllah aku [b]takkan[/b] sentuh pasal ape kerja ape yang aku buat@ape yang aku buat masa kerja@orang2 kat tempat kerje aku dan yang sewaktu dengannye. bende tu bukan bende yang sepatutnya diceritakan untuk public.

Same la jugak kalau orang dah berumahtangga, jangan la suka2 cerita masalah rumah tangga kat kawan2, kalo nak cerita yang baik2 je ( tapi bukan la maksudnya puji keterlaluan, itu pun bahaya gak, mendatangkan hasad dengki).ingat tuu

Esok nak mula bekerja, insyaAllah

esok 17/1/2005.. insyaAllah aku akan memulakan tugas di MTBE Malaysia Sdn Bhd/ Polypropylene Malaysia Sdn Bhd. Sementara nak cari rumah ni aku tumpang sekejap kat rumah membe tajul, diorang ni staff2 MTBE jugek. moga segalanya dipermudahkan..Amiin

Result medical checkup dulu paras kolestrol 240 !!!, tahap tinggi tu…tak sangka gak sekurus2 aku ni tinggi tahap kolestrol dia, so aku kene la menjaga makanan & eksesais pas ni..jaga badan, tak boleh zalim terhadap badan sendiri. risau kene tuntut kat akhirat nanti :takut:

JS Group of Companies – 10th Anniversary

Malam tadi aku pegi majlis ulangtahun kesepuluh JS Group of Company ( Kumpulan Jamal, Amin & Partners) & perjumpaan alumni ketiga kat grand ballroom 3, tingkat sepuluh hotel crown princess KeyEl. Jumpe balik la semua management, staff, ex-staff, trainee, ex-trainee, client Jamal, Amin & Partners. aku duduk semeja dengan membe2 mase praktikal hari tu.

Majlis ni dirasmikan oleh Pengarah auditor-general malaysia. Mase ucapan perasmian beliau mengatakan tentang isu perkembangan firma audit di Malaysia yang tak terancang & penubuhan Institut Juruaudit Malaysia.

so far ok la majlis tu, dimulakan dengan al-fatihah & bacaan ayat al-quran. persembahan mase makan, kumpulan nasyid haykal. makan pun ok, sampai dah tak boleh masuk perut..:) (sesekali je takpe la kot, meraikan majlis)

Bandaraya Ipoh – Revisited

Semalam aku, mak & bapak pegi ke Ipoh..last time aku pegi sini mase praktikal hari tu, outstation, sebelum tu mase sekolah menengah kat Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah la.. dah banyak berubah, jalan pun makin bersilang-silang, bertingkat-tingkat.. tapi mase aku sekolah dulu, memang tak tau jalan langsung..

semalam pun main redah je, tengok dalam peta macam senang je, tapi bila dah masuk dalam.. boleh tahan gak la peningnye.. jalan one way, roundabout banyak, traffic light banyak.. takde rasanya bandaraya kat malaysia ni yang macam ipoh.. buat medical checkup, kene pegi 3 tempat..

eh, aku nak balik ni..maleh la nak cerita banyak2 :p

Kuantan! nantikan kedatanganku :p

Baru tadi, pakcik posmen datang hantar pos laju dari HR Petronas, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, aku dapat tawaran keje kat Kuantan
[code]Jawatan:Eksekutif - Perkhidmatan Kewangan
Syarikat :[url=http://en.wikipedia.org/wiki/MTBE]MTBE[/url]/[url=http://en.wikipedia.org/wiki/Polypropylene]Polypropylene[/url] (M) Sdn. Bhd, Gebeng, Kuantan
Tarikh Lapor diri:17 Januari 2005
[/code]

[center][url=http://www.petronas.com.my/internet/corp/directory.nsf/0/18304105f78e0b6e48256aa10035275c?OpenDocument][img]http://www.sidik.org/thumbnail.php?id=51[/img][/url][/center]

Da dekat 8 bulan menganggur, sekarang masa rehat dah habis, mase bekerja pula yang menanti..Semoga aku dapat menjalankan segala amanah dengan sempurna & ikhlas. amiin..

esok nak pegi medical checkup kat ipoh insyaAllah, moga takde pape penyakit dalam badan aku ni

apepun yang penting
1) Niat kerja tu kerana Allah
2) Laksanakan tugasan dengan bersungguh2
3) Tanggungjawab sebagai Hamba Allah mesti dilaksanakan dengan sempurna
4) Buat perbelanjaan berhemah (Pengalaman menjadi penganggur sememangnya memberi pengajaran yang baik terhadap tabiat perbelanjaan aku sebelum ni)

Semoga Allah permudahkan perjalanan ini..

Hampir² Kehilangan koleksi nasyid :o

semalam aku hampir kehilangan koleksi nasyid, alhamdulillah boleh recover balik B-). tapi ade 2 3 album hilang, kene rip balik la, album amar, dehearty dengan mestica. kali ni aku rip menggunakan foobar 2000 + lame 3.97, dengan preset “insane” 320 kbps.

Ceritanya, aku nak merge 2 partition menggunakan partition magic, tetiba dia tengah merge, ade error..end cluster missing, tah amende tah tu. Bukak2 windows, satu partition takleh bukak (partition yang ade nasyid tu la)…waa, ingatkan dah musnah la sume, lepas tu restart balik windows, scandisk pun jalan & membaiki fail2 yang rosak. Tapi, Ade banyak gak la fail2 video yang hilang, tapi tak kesah la..

Tu la, untuk meningkatkan Ilmu pengetahuan, kita jangan takut untuk try @ takut rosak.

pengajaran : kalo nak buat pape operation seperti buat partition baru, merge partition, convert filesystem. jangan lupa backup dulu, berapa kali la nak ingatkan backup tu penting untuk mengelakkan kehilangan data..
lagi satu, kalau nak update bios, pastikan bios yang betul digunakan (pernah 2 kali motherboard rosak pasal tangan gatal nak update bios)

panjang plak aku merapik hari ni..

Tahun 2005 – tak material dari sudut pandangan aku.. bukannye tahun aku pun

Tahniah Noratina bt Mohd Nasir , kerana mendapat PMR 9A, tapi sori la pakdik belom mampu membeli hadiah :| .. waa, kajian tempatan dia untuk geografi ‘baik’ la..aku dulu ‘memuaskan’ jek, mase tu buat main2.ape ntah..