Lebih 120,000 orang terbunuh secara serta merta!, begitu mudah bila Allah nak beri peringatan kepada semua manusia, hanya dengan menggerakkan sedikit kerak bumi.. masyaAllah..
Takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga
bersabarlah, ingatan bagi kita yang masih hidup. Bila Allah turunkan bala, yang terlibat bukan mereka yang melakukan kerosakan semata-mata, sebaliknya semua golongan manusia menerima akibatnya..nauzubillah
Cuba kita bayangkan bagaimana suasananya bila hari kiamat tiba nanti, bumi terbelah, langit tergulung..gunung-ganang berterbangan dan hancur umpama dedaunan yang dimakan ulat.
Firman Allah di dalam Al-Quran, terjemahannya :
[code]"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."[/code]
Ar-Rum 30 Ayat 41
Dah diingatkan macam tu, tahun baru nanti jangan la nak berpesta pulak ye
. Dunia bukan tempat kita nak berpesta..astaghfirullah.
[code]
Mase kejadian tu berlaku aku tengah berkelah bersama family kat pantai PD, asalnya pegi kenduri kat rumah mak mah kat batu pahat, balik singgah bermalam kat PD. yang ada: mak, bapak , k.shimah & family, kang Il & family, kan Anip & family , kak ipah & family, sidik (& family :p)..berkayak, main-main air ..dah lame tak main air camtu. bersyukur kejadian tu tak melibatkan PD.alhamdulillah [/code]