Pages: Prev 1 2 3 ...16 17 18 19 20 21 22 23 24 Next

Pesanan Buat Saudariku

4 Julai 2003

Artikel Ini diambil dari e-mail² forward. Penulis asal tak dapat dikesan.

“Saudariku…..
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya,
hayati
maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya.
Jadikanlah
pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu,
untuk
muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya
Allah….

Saudariku….
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam
yang
bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang
kumbang
untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh
sang
kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta
kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang. Tapi
awas, duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Saudariku…..
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid.
Bentengilah
dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang
wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat
kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan
sesuatu yang
terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum
dengan
permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya
keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada
yang
terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada
Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap
insan
yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yang
tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang
dalam
dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki. Sudah
pastinya
darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada …

Namun ingatlah saudariku….
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka
Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting
gadisku…
engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.

Saudariku…..
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.
Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari
tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu.

Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu :

” Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selepas
wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada
wanita”….

Oleh itu saudariku…..
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum
Adam. Kau
harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa
menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku…
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah
semulajadi
setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.

Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta
manusia
sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad
serta
keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.
Benarlah
sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya cinta itu buta”

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara
yang hak
dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan
tidak
kerana Allah SWT.

Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Mengkaji
hakikat
kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang
tak
berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh
Allah. Semoga
disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.

Saudariku…
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta
yang
hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan
kepada
makhluk pastinya akan bertambah
retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah
pasti ia
akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan
akal
dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan
ilmu
tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul
Adawiah
sebagai renungan bersama :

“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk
seseorang
insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan
seorang
itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu
cinta pun
yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi
kecuali cinta
kepada pencipta manusia sendiri.”

“ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT
PERKAHWINANNYA,
CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.”

Wallahua’lam…

Tengah rewrite code

25 Jun 2003

Dah lama juga tak update, forum dah letak,tutorial belum lagi, sekarang tengah rewrite code guna smarty template, nanti nak ubah design senang.

So far semester ni bermula dengan begitu lancar, alhamdulillah. semoga berakhir dengan dengan kebahagiaan juga. 12 kredit bermakna kelas sikit, so masa lapang boleh la aku menambah ilmu pengetahuan lain. semoga Allah menyelamatkan semua umat Islam di muka bumi ini.Amiin.

Hentikan Pengedaran Surat Berantai

17 Jun 2003

SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH JATUH MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, “Menyebar surat ini termasuk dalam menyengutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirik-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik, kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam. Lagipun, surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

Misteri Kehilangan 3 kredit selesai

16 Jun 2003

Semalam aku pegi akademik, cetak balik slip exam dari semester 1 sampai 5. Kena bayar RM 25 (RM5 satu slip) pagi tadi dapat. tengok balik semua slip rupa-rupanya result sem 2 ade error. patutnya 18 kredit, dalam slip tu 15 kredit. patutla selama ni jumlah kredit macam tak betul je, sepatutnya 111 tapi dalam latest result 108. pegi jumpa kak norizah kat bahagian akademik tu,tak pasal-pasal kene leter :) .

kiranya sekarang misteri kehilangan 3 kredit tu terjawab. Dah nak habis baru la sibuk nak membetulkan. dengan pembetulan tu juga CGPA naik 0.01, Alhamdulillah.

Untuk homepage ni, insya-Allah dalam minggu ni masukkan ruangan baru, forum dengan tutorial. forum untuk mengumpulkan member-member lama & baru. Tutorial mengenai apa saja yang boleh dikongsi.

Ratuku

16 Jun 2003

Ratuku
Ingin kuluahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan Kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila kumelihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga yang gugur
bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku
Bukanlah kuharap kau segigih siti hajar
yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga Sesetia Ainul mardhiyah
Menanti Kekasih di Pintu Syurga

Kerana
aku tidak layak berharap sedimikian rupa

Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku
Esok Musim Bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum lega
Kerana akan kutemui
Ratu yang benar-benar ratu

gempita_x,zairi,ariff

Kuliah sudah bermula

14 Jun 2003

Hari ini hari selasa, dah mula sem baru, dapat roomate baru,budak accounting juga
..

Jumpe kosmet2 yang dah 1 semester praktikal,diorang nampak lebih matured. aku juga yang belum praktikal. nanti tanya diorang tempat mana yang best.

Mengenai kepimpinan KTP yang baru :O, aku hanya mampu melihat.semoga mereka berjaya..asalkan maruah islam tak tergadai,aku support je

Cuti Dah Nak Abis

4 Jun 2003

Setelah 2 Bulan pejam celik pejam celik..kat rumah,akhirnya habis juga cuti,sem depan ni semester terakhir aku belajar kat upm insya-Allah. lepas tu praktikal.

Start balik kene berfikir sebagai seorang student,tutorial, assignment, projek etc. Normal la tu.

Personal project aku sem ni nak buat software accounting life cycle guna PHP & MySQL(cita-cita ni). target akhir sem ni siap, tengok features UBS,Acctrack21,Winskip (dr Arfah) & ck-ledger..dll..just make it simple and easy to use but powerful..& satu lagi masukkan sekali documentation berdasarkan MASB.Macam Bagus je..

Semester depan ni dah tak masuk campur hal politik kolej, biar la generasi baru yang teruskan. ini cerita mereka, cerita aku di sini dah lepas..wallahua’lam.

Dah Habis Kenduri

2 Jun 2003

Alhamdulillah dah habis kenduri,dah 2 3 hari tak online//nanti la tulis lagi ape yang patut

Nak Pegi Kedah

29 Mei 2003

Esok Pagi aku nak pegi kedah, hari sabtu my brother kawin. adik beradik majoriti pegi..abang yang last tu..lepas tu dah abis berumahtangga semua abang² & kakak² aku. ahad kenduri kat umah lak.

Ini Satu Kisah Unta

25 Mei 2003

Seekor unta dalam dilemma
Kesal hidupnya menjadi unta
Ingin rasanya nak tukar rupa
Tak tahu nak jadi apa..?

Lalu si unta pergi mengembara
Ke Padang pasir hala tujunya
Mengharap akan dapat idea
Bagaimana hendak mengubah rupa..?

Setengah Gurun Sahara
Masih tak jumpa apa-apa
Tapi hairan Sang Unta
Mengapa dia tak rasa dahaga..?

Tersedar sang Unta:
Oh..
Beryukur,aku ini dijadikannnya unta
Bukan keldai atau kuda
Atau Anjing atau Serigala
Tidak cepat rasa dahaga
katanya..

Lalui berpesan sang Unta:
Wahai manusia
Jadilah dirimu sendiri
Jangan Mengharapkan dirimu jadi orang lain
Kerana kamua adalah kamu
Orang lain adalah orang lain
Mana mungkin kamu dijadikan sama
Kamu ada kelemahan
Tapi orang lain juga ada kurangnya
Kamu ada kekuatan
Orang lain pun ada kelebihan
Cuma kedua-duanya berbeza
Kerana kamu sememangnya dijadikan berbeza
Supaya kamu saling lengkap melengkapi
Supaya kamu tak meninggi diri
Kan Tuhan itu Maha Adil?
aku ini hanya unta
tapi kamu itu manusia
katnya..ketawa

gempita-x

Pages: Prev 1 2 3 ...16 17 18 19 20 21 22 23 24 Next