Wasiat buat anak

Khas untuk anak-anakku

Duhai anak,

Kala malam memasuki separuh masa kedua
Kau masih tak mahu tidur
Mungkin kau rindu abah agaknya
Malam baru boleh berjumpa
Bermain, menangis dan bermesra
Tapi, sabar sahajalah anak…

Abah mesti pergi kerja tiap-tiap hari

Kecuali Sabtu & Ahad
Atau cuti umum
Atau abah ambik annual leave
Abah tak pernah ambik MC saje2 tau
Sekali je abah ambik MC sebab kene CB lepas makan Nasi Kerabu beli kat pasar Balok
Lepas tu abah tak beli lagi dah..

Keluar pagi-pagi
Balik lewat petang
Abah bukan cikgu yang banyak cutinye & kerja separuh hari

Walaupun selalu orang kata pukul lima lebih sahaja abah dah cabut
Tak seperti mereka yang selalu balik lewat
Tapi abah tak kesah
Abah nak jumpa isteri & anak-anak abah.

Tidurlah anak..
Esok insyaAllah abah pergi kerja semula
Bersyukurlah, abah balik tiap-tiap hari
Abah orang lain ada yang seminggu sekali baru balik
Ada yang setahun sekali
Yang bertahun-tahun sekali pun ada
Ada jugak yang tak balik-balik

Abah tau..

InsyaAllah anak-anak abah faham
InsyaAllah anak-anak abah sabar

Moga anak-anak abah akan jadi khalifah yang sentiasa cari redha Allah
Moga anak-anak abah sentiasa doakan ibu & abah bila kami tiada nanti

Ha, Dah tidur pun anak abah..
Kejap lagi abah angkat masuk dalam bilik
BismikAllahumma Ahya waamuut..
(Dengan Nama Mu ya Allah, aku hidup, dan aku mati)..

Majlis Aqiqah Umar & Muadz::National Accountant Conference 2008

Hujung minggu lepas Kami mengadakan majlis aqiqah untuk umar & muadz, sepupu mereka hasif turut serta. Majlis diadakan di rumah abah mertua kat Pekan, sembelih lembu seekor kongsi-kongsi bahagian.

Satu insiden berlaku, besi adsorber kereta lama yang digunakan untuk mengalas kuali memasak meletup, alhamdulillah takde kecederaan serius, adik ipar mohd ikhwan melecur tangan & kaki terkena api letupan. Siapa sangka besi yang nampak biasa tu akan meletup, tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran untuk masa akan datang.

Hari isnin, pergi ke KL Convention Centre untuk menghadiri National Accountant Conference, bermalam di traders. Walaupun belum jadi akauntan, sekurang-kurangnya dapat pendedahan tentang isu-isu semasa, jumpa kenalan baru & lama, termasuk yang tak disangka akan jumpa, antaranya en. Jamal, partner Jamal Amin & Partners, tempat aku praktikal dulu. yang lain-lain termasuk classmate, course mate, room mate, petronas mate, paper mate (kilometrico).

Aktiviti Tambahan

Habis conference hari pertama, bawa family ke aquaria KLCC, seronok umar tengok ikan-ikan berenang-renang, lepas tu jumpa kawan-kawan ashikim, (adik-adik KTP & Accounting, UPM) di KFC wangsa maju. Ina nak bernikah dengan marni hujung minggu ni.

Malam tadi, pulang dalam keadaan mamai dan mengantuk, sungguh bahaya memandu dalam keadaan tersebut..alhamdulillah, selamat sampai pukul 11 malam..