Kiriman dengan Label ‘Chickenpox’

Anak-anak dah sihat Alhamdulillah

Selasa, 13 Januari 2009

Alhamdulillah, setelah bergilir-gilir sakit, anak-anak dah sihat. Yang tinggal hanyalah parut-parut kecil yang akan hilang bila mereka besar nanti, selain itu terbina juga antibodi varicella-zoster immunoglobulin yang akan menghalang penyakit itu untuk seumur hidup, insya-Allah.

Muadz masa paling banyak jerawatumar dan jerawatnyeUmar & Muadz kepenatan
umar-muadz-2

Tapi anak-anak di Gaza bagaimana?

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

“Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa…amiin”, – from zaharuddin.net

Giliran Muadz Pula : : Hijrah

Khamis, 25 Disember 2008

Setelah dua minggu umar dijangkiti virus chickenpox, petang semalam tengok ada bintik-bintik air muncul pada badan Muadz pula. Sah, giliran adik pula, malam tadi ke klinik, kali ni umar tak banyak cakap dengan doktor sebab tengah minum vitagen.

Cadangan asal cuti panjang nak balik Kg Sungai Manila, Perak telah berubah kepada, cuti di Pantai Batu Hitam, Kuantan. hehehe.

Takpelah adik kecik lagi dah kena, pasti ada hikmahnya. ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada ahli keluargaku, amiiin..

muadz-popxmuadz-popox-2

Tahun 1429H dah nak sampai ke penghujungnya, sedar tak sedar khamis lepas 20 Zulhijjah 1429, umur aku dah 28 tahun kalau dikira mengikut kalendar Hijri. Bertambah setahun lagi hampir ke liang lahad…

Mari kita sentiasa sama-sama berusaha untuk berhijrah kepada yang lebih baik

Kepada Muslimin & Muslimat, berhentilah dari merayakan dan meraikan perayaan agama lain sama ada langsung atau tak langsung..

Sedih melihat iklan-iklan di TV dan ucapan-ucapan oleh selebriti yang namanya Islam.