Umar : infected with varicella zoster virus (VZV)

Bermula khamis lepas, umar al-faruq dikesan dijangkiti demam pelentong@chicken pox.

Malam tu jumpa doktor kat Az-Zahra..

Dr Razak: Ooo ini chicken pox ni

Umar : Popok

Dr Razak : Umar jangan dekat sangat dengan adik ye,  kalau adik minum susu ibu, hopefully akan dapat anti bodi ibu.

Umar : Didi

Progress 5 hari ni menunjukkan bintik-bintik merah dah mula kering.

Takpe lah umar, sabar je. Penyakit akan membuat kita lebih kuat insyaAllah..

Teringat masa aku darjah lima, penghujung bulan puasa kak Ipah kene chicken pox dari kawan kat asrama dia, aku sebagai adik yang baik ni pun tolong la sapukan ubat, akhirnya masa nak raya, aku pulak demam. So beraya dalam ‘kegatalan’ la tahun tu, heheh..Sedih mase tu sebab first time beli baju raya “lincing”..(merujuk kain licin, aku tak tau mane mulanya istilah tu terkeluar, sebab aku & kak ipah memang banyak mencipta istilah-istilah baru, hehe)..sebelum tu baju melayu aku semua baju cotton, tu pun kak lalah yang belikan kat Teluk Intan. Masa raya aku merajuk tak nak jumpa orang, hahahaha..

Hari ahad lepas kami menerima kunjungan dari A. Yusry(Senior KTP) & isterinya Hasniza Saman (Course Mate Ashikim, budak KTP). Diorang balik dari kenduri menyambut menanti Kimi & Che We (Dua² budak KTP) di bukit setongkol. Ramai jugak pasangan-pasangan KTP ni ye.

2 3 minggu ni, kami dengan rela hati mengkuarantin diri dari berjalan2 . lagi-lagi musim hujan ni.

Umar - chicken poxmuadz-meniarap

Majlis Aqiqah Umar & Muadz::National Accountant Conference 2008

Hujung minggu lepas Kami mengadakan majlis aqiqah untuk umar & muadz, sepupu mereka hasif turut serta. Majlis diadakan di rumah abah mertua kat Pekan, sembelih lembu seekor kongsi-kongsi bahagian.

Satu insiden berlaku, besi adsorber kereta lama yang digunakan untuk mengalas kuali memasak meletup, alhamdulillah takde kecederaan serius, adik ipar mohd ikhwan melecur tangan & kaki terkena api letupan. Siapa sangka besi yang nampak biasa tu akan meletup, tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran untuk masa akan datang.

Hari isnin, pergi ke KL Convention Centre untuk menghadiri National Accountant Conference, bermalam di traders. Walaupun belum jadi akauntan, sekurang-kurangnya dapat pendedahan tentang isu-isu semasa, jumpa kenalan baru & lama, termasuk yang tak disangka akan jumpa, antaranya en. Jamal, partner Jamal Amin & Partners, tempat aku praktikal dulu. yang lain-lain termasuk classmate, course mate, room mate, petronas mate, paper mate (kilometrico).

Aktiviti Tambahan

Habis conference hari pertama, bawa family ke aquaria KLCC, seronok umar tengok ikan-ikan berenang-renang, lepas tu jumpa kawan-kawan ashikim, (adik-adik KTP & Accounting, UPM) di KFC wangsa maju. Ina nak bernikah dengan marni hujung minggu ni.

Malam tadi, pulang dalam keadaan mamai dan mengantuk, sungguh bahaya memandu dalam keadaan tersebut..alhamdulillah, selamat sampai pukul 11 malam..

Bagus, Bongkar semuanya

Terukir senyuman senget di bibir apabila membaca beberapa headline di Malaysiakini mengenai ‘2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej‘, Dua pelajar UPM dedah isu di Parlimen, Pelajar ke Jakim isu pegawai UPM .

Kolej Tun Perak yang ku kenali dulunya subur dengan program-program Ilmiah, Majlis Hiburannya berlandaskan syara’, Bulan ramadhannya hidup, Suasananya aman dengan suasana Ilmu.

Sedikit demi sedikit, keadaan berubah, diresapi arus hedonisme yang disokong oleh pemimpin kolej dan pihak berkuasa. Persembahan Nasyid, diganti dengan persembahan band & tarian. Pelajar-pelajar yang ‘meminati agama’ didapati tidak layak untuk duduk kolej.

Dedahkan semuanya, biar satu Malaysia tahu keadaan sebenar..Hah Hah Hah.. astaghfirullahalAzim

Bangga Rasa Di Hati Ini

Kolej Tun Perak yang kami Cintai

Penghuninya Berdikari

Hidup Aman Harmoni…