Kiriman dengan Label ‘umar’

Ganu Kite..

Ahad, 26 Julai 2009

Abah : Umar nangis nak ape?

Umar : jeng… (vitagen)

…………………………………….

Abah : Umar, nak makan nasik?

Umar : Nak makang acik.. nak ikang…

Abah : Bukan ikang.. ikannn

Umar : Ikamm

………………………………..

Abah : Kakak tu buat ape umar?

Umar : Main cika.. (basikal)

………………………………………….

Ibu : Umar, tengok tu bas sekolah..

Umar : Bukang, Bukang.. Bah laloh..

…………………………………

Ibu : Umar, tolong ambik tuala adik kat luar

Umar : tadok / amboh..

……………………………………

Abah : Semalam umar pergi mana

Umar : g andi aye pata (pergi mandi air pantai)

…………………………………….

Ibu : Kak Mira nangis sape buat (kak mira ni anak kak mah yang menjaga umar)

Umar : Uma buak.. mu’ah buak (mu’adz buat)

………………………………………

komunikasi di sg. ular yang berdekatan dengan kemamang begitu mempengaruhi gaya bahasa umar, camni kene ajar cakap jawa la pulok…

umar & adik

Kesihatan & Kesakitan ujian Tuhan

Ahad, 5 April 2009

Dah 3 minggu tak update , minggu lepas agak sibuk melayan anak-anak yang diberi ujian kesakitan. Umar dari hari isnin sampai Jumaat muntah-muntah & CB, tiap kali masuk makanan keluar balik. Muadz hari rabu demam & muntah, budak² ni memang kamcing, sorang sakit, sorang lagi nak ikut jugak. Sekarang dua-dua dah sihat alhamdulillah, Umar nampak kurus sikit sekarang berbanding minggu lepas, tapi buat sementara niĀ  Abah tak bagi umar minum “njen”…ade laktosa.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-2 Muhammad Umar Al-Faruq

Jumaat, 20 Mac 2009

2 tahun lepas, 20 Mac 2007, Muhammad Umar Al-Faruq bin Sidik Al Amini Dilahirkan di dunia tepat pukul 7.47 pagi…

Sudah 2 tahun, begitu cepat masa berlalu..Alhamdulillah

Anak-anak dah sihat Alhamdulillah

Selasa, 13 Januari 2009

Alhamdulillah, setelah bergilir-gilir sakit, anak-anak dah sihat. Yang tinggal hanyalah parut-parut kecil yang akan hilang bila mereka besar nanti, selain itu terbina juga antibodi varicella-zoster immunoglobulin yang akan menghalang penyakit itu untuk seumur hidup, insya-Allah.

Muadz masa paling banyak jerawatumar dan jerawatnyeUmar & Muadz kepenatan
umar-muadz-2

Tapi anak-anak di Gaza bagaimana?

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

“Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa…amiin”, – from zaharuddin.net

Raya..

Isnin, 27 Oktober 2008

Syawal dah nak habis, nanti aku upload gambar-gambar raya sikit-sikit insya-Allah.

Identiti anak-anak sidik, mewarisi mulut M abah mereka, hehehe.. (mulut M gelaran yang kang Ram bagi sebab masa kecik aku tangkap gambar mulut tutup je tak senyum..).

Umar pada hari raye

muadz raye

Yang ni salah seorang kakak sepupu umar..

siti najma hanni bt zainal abidin

[nggallery id=1]